Member Kena Kutuk Perut Macam Stoking, Sumbat Apa Pun Boleh Kembang. Tapi Tak Ada Siapa Tahu Kenapa Dia Berkelakuan Begitu, Sampailah Satu Hari…

*Video Sekadar Hiasan

INI adalah kisah benar. Ada seorang kawan aku ni (A), dia selalu perli kawan aku yang seorang lagi (B). A perli B sebab bila makan, B akan ambil nasi banyak gila, padahal lauk biasa saja.

A kata B ni perut macam stoking, sumbat apa pun boleh kembang. Siap kutuk kalau masa makan semeja di restoran.

“Jangan duduk sekali dengan B, nanti B tu habiskan semua makanan atas meja.

“Senang kata kalau makan share ramai-ramai, jangan duduk dengan B sebab B kaut semua,” katanya.

Tetapi B senyap saja, dia tak marah mahupun membalas semula kata-kata A walaupun member-member lain gelakkan dia perut stoking.

Akhirnya aku dapat tahu, mengapa dan sebab apa B buat begitu. B berkata, sebenarnya dia tak ada duit sangat.

Bila makan, dia akan lebihkan nasi agar dia akan terasa kenyang sampai ke malam. Kalau di waktu malam dia kelaparan, dia minum air asalkan perutnya terasa penuh.

Aku tersedar, kita ini cepat sangat menilai orang. Padahal sebenarnya ada sebab mengapa orang itu buat begitu and most of the times, diorang ni takkan berkongsi pun masalah dengan orang lain sebab tak ada sesiapa yang nak dengar. Yang ada, semua nak kutuk dan gelakkan saja.

B ada kata, dia cuba kumpul duit untuk belanja orang-orang yang pernah belanja dia makan, walaupun dapat sekalipun jadilah.

See that guys? Dalam kita duk kutuk gelakkan dia, dia masih nak berbuat baik dengan kita. So please, jangan sewenang-wenangnya mengutuk orang lain. Setiap orang ada struggle masing-masing, hanya kerana struggle dia tak sama dengan struggle kita, kita boleh gelakkan dia.

*Video Sekadar Hiasan

Sumber: @izham0108, The Reporter

Jom Komen