Mat Salleh Pelik Tengok Buah Nangka Dan Ingat Tu Telur Dinasour

Advertisement
Advertisement

Nangka adalah buah yang biasa ditemui di negara-negara Asia, khususnya di Malaysia dan Indonesia. Malah, jika musim buah nangka, boleh dikatakan hampir semua kedai buah, ada menjualnya. Namun, anda jangan hairan jika Mat Salleh tidak kenal buah nangka.

Menurut artikel yang ditulis sebuah portal antarabangsa, buah nangka kelihatan pelik di mata mereka, dan ia juga nampak seperti telur dinasour.


Mereka juga tidak suka dengan bau buah nangka sebagaimana bau buah durian!

Walaubagaimana pun, khasiat nangka nyata membuatkan penyelidik di Barat kagum kerana buah berkenaan tinggi nilai nutrisi, seperti protein dan potassium.

Seorang pakar biologi dari Chicago Botanic Garden, Nyree Zerega berkata, buah nangka adalah buah kedua paling penting dan berkhasiat selepas buah mangga. Tambah seorang penyelidik dari Universiti Agrikultur di Bangalore, India, 10 hingga 12 ulas buah nangka boleh membuatkan kita rasa kenyang setengah hari.

Sumber: Era FM

Advertisement
Jom Komen