Mat Motor Jadi Target Jerat Tali Pancing Di Duke Gombak, Helmet Pun Boleh Koyak Kalau Kena. Memang Tak Berhati Perut.

Ini bukan pertama kali taktik keji seperti ini digunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk menganiaya atau menyamun penunggang motosikal, terbaru taktik yang sama digunakan berlaku di kawasan Gombak.

Afiq Izwan yang menjadi mangsa tali pancing, memberi peringatan kepada penduduk di kawasan Gombak, khususnya penunggang motosikal agar berhati-hati apabila melalui jalan masuk dari DUKE ke dua taman perumahan yang menjadi sasaran pihak berkenaan.

BISMILLAH, minta tolong viralkan. Perhatian penduduk Gombak, ini bukan bahan melawak!

KRONOLOGI KEJADIAN

6:30pm, 17/9/18 (Isnin)

PERHATIAN kepada penduduk GOMBAK especially yang guna susur masuk dari DUKE untuk masuk ke Taman Perumahan Koperasi Fasa 1 dan Taman Rowther.

Ini bukan cerita mitos tapi terjadi dekat diri sendiri. Ada manusia yang tak berhati perut telah memasang jerat dekat selekoh.

Bagi orang yang tak tahu, ni adalah tali pancing yang permukaan dia sangat kasar. Biasanya orang guna tali ni untuk menyamun budak motor yang lalu dekat laluan motor (Tol). Sebab tu ramai mat motor takut nak guna laluan motor bila malam sebab ni lah.

Pedih wehh! Sedangkan pakai helmet dan bawa slow pun boleh sampai koyak helmet. Okay cuba bayangkan kalau ada orang yang tak pakai helmet tambah pula bawa laju. Tak terkehel ke leher dia? Nampak macam remeh kan? Tapi yang remeh tu yang bahaya sebenarnya.

So reminder pada semua orang penduduk Gombak untuk hati-hati bila lalu kawasan ni terutama bila malam.

JEMPUT VIRAL UNTUK KESELAMATAN SEMUA

Sumber: Afiq Izwan, The Reporter

Jom Komen