Malaysia Tercatat Sebagai Negara Ke-3 Paling Malas Di Dunia

Tahukah anda, negara yang paling banyak penduduk yang menghidapi penyakit obesiti adalah negara kita Malaysia. Purata yang menghidap penyakit kencing manis dan menduduki di tangga ke-tiga antara negara paling malas juga negara Malaysia. University Stanford Amerika Syarikat telah mengkaji bahawa rakyat Malaysia hanya memegang purata 3,963 langkah berjalan ataupun bergerak dalam sehari.

Hasil dari kajian berikut, seperti disebut di laman hmetro.com.my telah menggunakan aplikasi khas yang terdapat pada telefon pintar dan merekodkan kira-kira 700,000 pergerakan yang melibatkan sebanyak 46 buah negara di serata dunia. Tahukah anda, kajian sekarang turut menunjukkan rakyat Malaysia adalah penduduk paling malas di antara penduduk di semua negara.

1.Hong kong merupakan negara kedua paling bersih dan mempunyai penduduk yang rajin

Menurut kajian, penduduk di negara Hong kong telah di iktiraf sebagai negara paling rajin di dunia. Negara Hong kong mempunyai purata bergerak serta berjalan sebanyak 6,880 langkah dalam sehari. Diikuti negara China yang mempunyai purata bergerak sebanyak 6,189 langkah dalam sehari.

Negara Singapura merupakan negara jiran bagi Malaysia. Malah Singapura berada di tangga ke 9 mempunyai purata melangkah sebanyak 5.674 sehari. Negara yang sentiasa maju ke depan ialah negara Jepun yang berada di tangga ke 4 dan purata melangkah dalam sehari sebanyak 6,010. United Kingdom di tangga ke 12 sebanyak 5,444 langkah sehari, Australia pula di tangga ke 28 dengan purata 4,941 langkah sehari, manakala Amerika Syarikat berada di tangga ke 30 dengan purata sebanyak 4,774 langkah sehari.

2.Indonesia merupakan negara paling malas di dunia

Mempunyai purata sebanyak 3,963 langkah sehari manakala Malaysia di tangga paling bawah di ranking ke 44. Arab saudi dengan purata 3,807 langkah sehari dan Indonesia teah diberi gelaran negara yang paling malas di dunia dengan purata rakyatnya hanya mempunyai purata sebanyak 3,513 langkah sehari.

Menurut Penulis Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Ahmad Salim Bachok bahawa tidak dijamin manusia yang banyak bergerak dan berjalan itu adalah yang lebih rajin dan produktif berbanding yang kurang berjalan.

Tambahnya lagi, negara di sesebuah negara itu kemungkinan banyak melakukan aktiviti berjalan berbanding di negara-negara lain. Hong Kong, Jepun dan Singapura pula, mempunyai banyak kemudahan awan bagi kemudahan rakyat mereka dan menjadikan rakyat di negara tersebut perlu lebih bergerak dan berjalan.

Berlainan bagi negara Malaysia dan juga Indonesia. Sistem kemudahan dan kemajuan belum cukup lengkap. Di sebabkan itu, rakyatnya banyak mengunakan kenderaan sendiri seperti kereta, motorsikal terus ke tempat kerja. Pada masa yang sama, negara Malaysia dan juga Indonesia kurang melakukan aktiviti berjalan dan bergerak.

Jika mempunyai kemudahan yang sempurna, kmungkinan negara Malaysia akan lebih maju ke hadapan dengan teknologi yang semakin canggih dan membangun dengan pesat.

Sumber: Bukanaku

Ikuti kami di Instagram Pen Hitam Dot Com

Jom Komen