Mak Dan Isteri Sebak Bila Dapat Hadiah Dryer Ni, Dah Macam Dapat Banglo Sebiji

Emak kita, walau penat macam mana pun jarang sekali mereka akan tunjukkan depan anak-anak. Begitu juga dengan isteri kita. Kedua-dua mereka lebih rela pendam perasaan daripada menzahirkan kepenatan mereka.

Namun, kegembiraan pada wajah mereka akan jelas terpancar jika kita dapat meringankan derita yang mereka terpaksa tanggung setiap hari. Tak perlu banyak, bantu mereka sidai kain pun sudah cukup untuk membahagiakan mereka.

Beruntungnya kalau emak atau si isteri dapat anak atau suami yang jenis ambil tahu penat orang perempuan seperti Dr Taufiq Razif ini.

“Mak letih tak sidai kain tiap hari?”

Bila je saya tanya soalan ni dekat mak masa call mak kelmarin terus keluar segala keluhan mak di kampung.

Baju bertimbun. Kena sidai setiap hari. Buat kerja berat tak berhenti. Rutin yang nampak simple tapi memeras kudrat dan keringat.

Semua keluhan tu mak saya pendam di lubuk hati paling dalam rupanya. Bila saya tanya, baru la mak mula cerita. Kenapa? Sebab sebolehnya mak kita tu tak nak susahkan kita.

Ya Allah. Berdosanya saya. Kenapa dah hampir umur 30 tahun ni saya baru sedar?

“Mak, saya belikan Mak dryer ye?”

“Apa tu dryer?”

“Alah, yang macam kat dobi tu. Mesin pengering baju. Dah spin baju terus je masukkan dalam dryer ni mak. Kejap je dah kering. Mak tak perlu fikir dah nak sidai baju lepas ni.”

Daripada nada suara mak di handphone. Saya dapat rasakan mak saya tengah sebak. Rupanya ni la ‘most painful point’ mak saya.

Saya lupa, kalau kita nak bahagiakan orang lain tak semestinya kena tabur kemewahan. Cukup cari kat mana titik yang mana membuatkan si dia paling menderita dan kita angkat derita si dia tu.

Derita isteri dan mak saya sama. Mereka tak larat nak sidai baju yang bertambun. Kedua masalah mereka ni saya angkat dan selesaikan dengan dryer ni. Punya la sebak dan terharu mak dan isteri saya dapat benda ni. Dah macam dapat banglo sebijik dah!

Ikut kajian wanita lebih bahagia dengan komitmen kita yang kecil tetapi berterusan daripada kita bagi dia hadiah mahal-mahal dan mewah tapi tapi kadang-kadang je.

Harga dryer ni RM1k lebih je.

 

Sumber: Taufiq Razif

Jom Komen