Main Game Seharian Tanpa Rehat, Gadis Ini Hilang Penglihatan Sebelah

Main game jika berpada-pada boleh buat kita hilang stress tapi jika terlalu obses, ianya boleh bawa kemudaratan pula!

Disebabkan terlalu asyik main game seharian tanpa rehat seorang gadis hilang penglihatan sebelah matanya. Mobile game atau apa jua game memang melalaikan kalau kita dah terlalu obses. Mana taknya, kalau boleh, makan minum semuanya nak dengan game.

Menurut satu portal luar negara, gadis itu tiba-tiba matanya semakin kabur dan terus tak mampu melihat selepas bangun tidur dan terus dikejar ke hospital. Bagaimanapun, doktor masih tak tahu punca kenapa matanya jadi begitu. 4 hari kemudian doktor memberi tahu yang mata kanannya mengalami retinal artery occlusion.

Foto: ERA fm

Sumber: Shanghaiist