Lupakan Episod Duka, Farah Lee Bangkit Daripada Penceraian

Farah Lee bukan seorang pelakon atau penyanyi yang mencipta nama di persada seni tanah air.

Namun, perkahwinannya bersama bekas suami yang merupakan personaliti TV lelaki, Ally Iskandar suatu ketika dahulu, telah membuatkan dirinya turut dikenali ramai.

Hasil perkahwinan tersebut, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel Ally Iskandar yang kini berusia tiga tahun.

Walaupun berpisah, Ally dan Farah masih berkawan baik.

Aura positif yang ditonjolkan Farah disebalik episod duka itu telah membuatkan ramai yang tertarik dengan personaliti graduan Kejuruteraan Mekanikal dari Inha University, Incheon, Korea ini.

Farah tanpa berselindung pernah meluahkan rasa hati di Iaman Instagram miliknya.

Foto Kredit: Nona, Insta Farah Lee

Tulis Farah,

Aku, awalnya aku paksa diri untuk move on. Sebab aku takut if still hoping, bila tak dapat apa yang aku nak tu, aku akan frust. Jadi aku paksa diri reda dan move on. Tapi tak boleh. Susah sangat. Aku tak reda pun. Jadi aku usaha lagi, still hoping, still doa. Sebab aku sedar, aku masih bertanggungjawab pada Allah untuk selamatkan perkahwinan aku terutama dalam tempoh iddah itu. Tapi tak berjaya.

Dan, magisnya kuasa usaha. Walaupun aku tak dapat apa yang aku nak, tapi aku happy sangat. Sebab takde regret dah. Sebab aku yakin aku dah usaha dari semua bucu. Semua. Jadi mudah untuk aku reda dan move on. Mudah sangat. Dan hikmah terbesar semua itu adalah ia akan dekatkan lagi diri kita dengan Allah. Syukur.

Jadi, ‘Jadi, maka jadilah’ (kun faya kun) yang mana Allah terjadikan pada kita? Tak penting untuk tahu. Sebab kita tiada kuasa untuk lawan kuasa Dia. Tapi kita berkuasa untuk bertaubat, untuk berusaha, untuk berdoa. Sungguh-sungguh. Yakin. Lalu Allah pasti bagi yang terbaik. Sebab Allah tak zalim. Allah takkan pernah zalim. Takkan.

Benarlah kata orang, wanita itu luarannya lembut, namun dalaman mereka, sungguh luar biasa.

Enggan terus dibayangi memori luka, Farah bangkit. Berkat kesungguhan dan reda dengan takdir Allah, perniagaan yang dulu hanya sekadar suka-suka kini menjadi karier tetapnya.

Sebagai pemilik kepada empayar Love, Farah Lee dan Omma & Esabel iaitu label fesyen muslimah dewasa dan busana kanak-kanak yang diasaskan sejak September 2016, Farah semakin bijak merintis kejayaan.

Foto Kredit: Nona, Insta Farah Lee

Antara koleksi terbaru yang dihasilkan Omma & Esabel ialah OE Fairytail dan OE Silang. Selain itu, terdapat pelbagai rekaan corak hijab eksklusif yang dihasilkan jenama Love, Farah Lee.

Bukan sekadar berjaya dalam bidang perniagaan, Farah juga sebenarnya pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Dia pernah mendapat keputusan 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 9A1 ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bukan itu sahaja, dia juga telah dipilih sebagai pemegang biasiswa JPA untuk melanjutkan pengajian di Korea.

Foto Kredit: Nona, Insta Farah Lee

Tahniah Farah, moga terus berjaya dan memberi inspirasi kepada wanita seluruh dunia!

 

Sumber: Nona, Insta Farah Lee