Lufya Dan Suami Dapat Baby Girl

Penyanyi, Lufya selamat melahirkan bayi perempuan sulung seberat 3.39 kilogram secara normal di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara pada petang Sabtu.

Lufya menerusi laman Instagram, memberitahu bayi perempuannya itu dalam keadaan sempurna dan cukup sifat.

A post shared by 👶 Baby L (@lufyaluvya) on

“Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah syukur our princess #babyL selamat dilahirkan secara normal dan bayi dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya.

“Dilahirkan pada tarikh 11.11.17 jam 6.32 petang dengan berat 3.39 kilogram.

“Terima kasih Dr. Arifah yang dibantu oleh suami @chehafiz007 menyambut kelahiran Baby L dengan baik,” tulis Lufya.

Menurut Lufya, suaminya, Che Muhammad Hafiz yang memotong tali pusat bayi mereka serta memberi sokongan kepada dirinya ketika berada di dalam bilik bersalin.

Lufya turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang tidak pernah putus mendoakan dirinya dan bayi.

“Daddy dah macam cheerleader kat labour room semalam. Untungnya baby L, daddy dia sendiri yang potong tali pusat dia.

“Terima kasih kepada seluruh keluarga Lufya dan Hafiz yang tak putus-putus mendoakan.

“Tidak lupa juga sahabat, penyokong industri, pengikut yang memberikan kata-kata semangat dan doa anda. Sayang selalu,” tulisnya.

 

Sumber: mStar, IG lufyaluvya