Luahan Ex-Malaysian Yang Melepaskan Taraf Kerakyatan Gara-Gara Ingin Tinggal Di Luar Negara

Rata-rata rakyat Malaysia meninggalkan negara adalah untuk mencari peluang yang lebih baik di negara lain, dan lebih separuh daripada mereka merupakan lulusan institusi pengajian tinggi, menurut Kementerian Sumber Manusia, pada tahun 2008.

Punca utama golongan ini meninggalkan negara antaranya ialah tidak gembira dengan gaji yang ditawarkan, cara hidup yang tidak terikat dengan politik, faktor keselamatan yang terjamin, pendidikan yang sistematik dan lain-lain.

Namun, disebalik khabar indah itu, ada juga rakyat Malaysia yang rindu dan ingin kembali ke Malaysia, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana sudah melepaskan taraf kerakyatan.

Helmy Basri, melalui laman Facebook telah berkongsi pengalaman beberapa bekas rakyat Malaysia yang terkandas di negara luar akibat melepaskan taraf kerakyatan mereka.

Gambar Hiasan: studyinnewzealand

Tulis Helmy Basri,

From a marhein Hj Zainuddin Omar,

Ini pengalaman saya berjumpa beberapa ex Malaysian yang dah migrate dan tinggal di luar negara:

 

1. Seorang pakcik yang saya terserempak di Te Anau, berdekatan Milford Sound, New Zealand.

Dia mengadu cuaca terlalu sejuk di NZ dan teringin balik ke Malaysia kerana dah berumur. Masalahnya dia sudah give up Malaysian citizenship dan sedah 20 tahun bermastautin di New Zealand. Dia juga mengadu kos perubatan yang mahal di NZ dan susah berjumpa doctor.

 

2. Seorang auntie berumur 50-an yang saya jumpa di Zurich, Switzerland.

Auntie ini dah 15 tahun tinggal di Switzerland dan mengadu kehidupan susah kerana standard of living yang tinggi. Dia masih bekerja walaupun terlalu penat dan teringin balik ke Malaysia. Kos pelajaran anak juga sangat membebankan auntie ini di Switzerland.

 

3. Seorang uncle yang saya jumpa di dalam bas di Venice Beach Los Angeles USA.

Dalam bas, beliau meneriak saya kerana excited dalam bahasa melayu kerana mengenali tudung stail malaysia isteri saya. Uncle ini dah 20 tahun migrate di USA dan mengadu sangat kesunyian kerana tiada kawan dan saudara berdekatan. Dia pun teringin balik ke Malaysia tapi telah melepaskan taraf kerakyatan.

 

4. Seorang auntie yang saya jumpa di London.

Kakak ini sudah berkahwin dengan seorang berbangsa Inggeris, dan mempunyai famili di North East London. Beliau sudah 20 tahun menetap di UK dan teringin sangat balik dan mati di Malaysia. Walaupun mempunyai rumah yang besar dan berfamili di London, beliau merasa kekosongan jiwa berada di sana.

 

5. Seorang pakcik di Liverpool, UK.

Pakcik melayu ini dah 40 tahun menetap di UK dan asalnya seorang kelasi MISC. Beliau terlalu rindu untuk balik ke Malaysia tetapi berasa tersangat malu kerana sudah lama tidak menjenguk kampung halaman di Melaka. Kehidupan beliau agak susah di UK dan beliau sendiri tak tahu apa agama anaknya.

 

6. Seorang pakcik yang saya kunjung ke rumah beliau di Melbourne, Australia.

Beliau sudah 10 tahun migrate ke Australia tetapi komplain kehidupan di Melbourne tersangat sunyi, jauh dari saudara mara, kos kehidupan yang tinggi dan rascism. Walaupun mempunyai kehidupan yang selesa, beliau nak pulang ke Malaysia satu hari nanti.

 

7. Sepasang suami isteri dan keluarga di Mekah, Saudi Arabia.
Walaupun anak mereka lahir di Saudi Arabia, citizenship SA tidak diberi secara automatik dan anak mereka tidak dapat masuk ke Universiti di sana walaupun layak. Yang peliknya, anak-anak mereka yang tidak fasih berbahasa melayu dihantar belajar di UIAM kerana ibu bapa yang masih rakyat Malaysia. Kehidupan di SA bukan senang kerana tradisi yang berbeza. Mereka teringin pulang ke Malaysia walaupun sudah 30 tahun bermastautin di sana.

 

8. Seorang cleaner perempuan berasal dari Kelantan yang bekerja di Copenhagen, Denmark.

Dia menegur semasa saya sedang mengopi di Cafe berdekatan Tivoli Gardens. Dia teringin sangat balik ke Malaysia kerana sudah 15 tahun di Denmark. Walaupun gaji beliau RM15k, dia tak larat dengan tax dan kos kehidupan yang tinggi di sana. Kelahiran Kuala Krai ini juga mengaku tidak menjadi saorang muslimah yang baik semasa di Denmark.

 

9. Seorang guru perempuan yang tinggal di San Bernardino, Los Angeles USA.

Guru ini berumur 50-an tetapi pendapatan sebagai guru inggeris tidak mencukupi membiayai kesemua keperluan harian beliau termasuk bayaran rumah. Beliau berkata kepada saya ‘I am living from month to month’ dan teringin pulang ke Malaysia tetapi telah menyerah kerakyatan Malaysia 20 tahun yang lepas.

 

Ramai lagi Malaysian yang saya terserempak semasa mengembara ke luar negara dan kebanyakan mereka ingin pulang ke Malaysia di umur senja.

 

Betullah seperti peribahasa melayu:

“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.”

Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.

 

Saya suka quote phrasa ini kepada rakan rakan yang banyak komplain pasal Malaysia:

“My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right.”

 

Kepada mereka yang nak migrate dan mencari kehidupan baru di luar negara, make sure don’t give up your citizenship. Coz one day you might regret it your wholmarhein.

 

Sumber: Helmy Basri

Jom Komen