Lepas Guna Teknik Ni, Tak Ada Lagi Masalah Kepala Gas Bocor. Tak Perlu Nak Tindih Pakai Batu Bata dah.

Advertisement
Advertisement

PERNAH tak alami masalah gas keluar lepas pasang kepala gas?

Perkara ini terjadi mungkin disebabkan ada ruang atara kepala gas dan juga tong gas. Maka berlakulah kebocoran gas di situ.

Untuk atasi masalah ni, banyak la teknik-teknik yang keluar termasuklah lapik dengan batu bata. Jadi, kalau korang pergi dapur rumah jiran masa raya dan nampak batu bata atas kepala tong gas, tu maksudnya kepala gas dia bocor la tu. Hihi.

Nasib baik la Cikmin Macaron ada kongsikan cara untuk hilangkan masalah kepala gas bocor ni. Jom baca. Lepas ni tak perlu nak usung batu bata setiap kali nak alih tong gas. kikiki.

Hari ni saya tak cerita masak apa atau resepi apa nak share. Cuma sedikit perkogsian tips berkenaan tong gas yang keluar gas bila kita pasang kepala gas (Tips ni untuk TONG GAS yang bermasalah sahaja).

Jujurnya kami suami isteri pun baru tahu Jumaat lepas cara nak selesaikan masalah ni. Sebelum ni kami ikat kepala gas tu dengan tali dan lapik dengan bata berat.

Yang dah tahu tu sila jangan kecam saya ya.

 

Lihat Video:

 

Sumber: Cikmin Macaron

Advertisement
Jom Komen