Kulit Lebih Cantik Dengan Wax DIY ni, Buat Sendiri Pun Boleh

Advertisement
Advertisement

Orang cakap kalau cukur nanti ketiak hitam. Betul atau tidak kami tak tahu. Mungkin juga fakta, mungkin juga mitos. Tapi, bukan itu sebenarnya yang kami nak kongsikan.

Artikel kali ini kami nak kongsikan cara untuk buat sendiri wax pencabut bulu. Tak kira la bulu apa pun, bulu-bulu halus seperti di ketiak dan betis memang sesuai untuk guna wax ni.

Cara nak buat pun mudah. Terima kasih kepada Rusmida Rusdi atas perkongsian di Facebook beliau. Jom cuba!

 

DIY PENCABUT BULU 3 BAHAN

Biasa guna wax ni jimat tau. Dah la organik. Tak yah risau ada bahan mudarat kat kulit sensitip.

 

BAHAN-BAHAN

  1. Gula 1 cawan
  2. Air 1/4 cawan
  3. Lemon 1/4 cawan

 

CARA- CARA

  1. Satukan bahan kacau rata.
  2. Biarkan mendidih 5-7 minit sehingga bertukar kaler.
  3. Biarkan seketika sementara jadi sticky.

 

CARA GUNA

  1. Calit tempat yang nak buang bulu-bulu halus macam ketiak, betis.
  2. Biarkan kering dan tarik.
  3. Letak la losyen pelembab macam aloevera lepas tu.

Boleh jimat lebih. Kulit pun cantik tanpa shave kan?

 

Sumber: Rusmida Rusdi

Advertisement
Jom Komen