KP SPRM Letak Jawatan Hari Ini

Sebaik sahaja bermulanya hari kerja selepas cuti panjang sempena PRU14, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya, pagi ini.

Menurut sumber, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) pagi ini.

“Ya surat letak jawatan telah diserahkan kepada KSN pagi ini,” kata sumber dalam satu kiriman mesej kepada mStar Online.

Dzulkifli, 50, dilantik memegang jawatan itu pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagaimanapun nama Abu Kassim disebut-sebut bakal memegang jawatan itu sekali lagi susulan peletakan jawatan Dzulkifli.

Sumber: mStar Online

Jom Komen