KISAH BENAR: Duit Ada RM50 Je Tapi Bini Ajak Makan Siakap, Apa Jadi Lepas Tu Memang Magik

Advertisement
Advertisement

Selalunya, orang kata kalau nak murah rezeki kena banyakkan sedekah. Betul, tak salah statement tu. Tapi korang tahu tak, sebenarnya selain bersedekah ada cara lain untuk tambah rezeki.

Kisah yang dikongsikan di bawah adalah kisah benar yang berlaku sendiri kepada saudara Jimmy Johari. Cara yang beliau gunakan untuk tarik rezeki. Tips ni khas untuk orang yang ada bini je.

Selamat membaca.

 

KAU pernah dengar tak isteri tu pembawa rezeki? Penah feel tak? Memang la tak pernah kalau kau tak kahwin lagi. Kahwin dulu baru ko tau.

Bini aku ni kaki makan, asal nampak je benda baru semua nak beli nak cuba. Padahal benda tu kadang-kadang tak sedap mana pun. Tapi sebab dah dia tekak biawak, aku ikutkan.

Sampai kadang-kadang aku rasa bini aku ni tak reti nak berjimat ke? Aku pernah rasa macam nak je marah bini aku. Sudah-sudah la tu nak makan itu makan ini.

Tapi aku tak sampai hati. Aku ikutkan juga sebab aku jenis tak boleh nak cakap ‘tak boleh’. Sebab memang jenis aku dari dulu, baik untuk family dan kawan-kawan.

Walaupun kadang-kadang bini aku tanya dulu ‘boleh tak’, aku tetap cakap ‘boleh’ walau pun hati macam rela tak rela.

Aku pernah dalam dompet ada RM50 je. Sales tengah down, duit pun cukup nak restock barang, time tu juga la bini aku ajak nak makan dekat kedai mamat Thailand, nak makan siakap.

Aku dah menung dah. Dalam dompet ada RM50 je. Tapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh, aku ikutkan. Habis burn RM48 hengget makan.

Tapi lepas je habis makan tu, kau tau apa jadi? Whatsapp aku berdesup-desup masuk send detail payment, Alhamdulillah boleh senang hati dah. Time tu aku tak perasan lagi.

Pernah satu hari, whatsapp masuk bersepah-sepah, aku dah closing habis baik dah, tapi macam biasa, lepas je bagi harga semua ‘krik krik’. Menung kejap aku. Sehari tak ada sale, padahal whatsapp masuk bersepah-sepah.

Then malam tu bini aku cakap ngidam nak makan dekat TAPAK la. Tempat foodtruck banyak-banyak tu, aku time tu dekat Shah Alam, aku dengan mood yang tengah down ni ikutkan juga la. Asalkan bini aku seronok tak tarik muka.

Dalam otw nak kesana magik jadi lagi, whatsapp customer yang ‘krik krik’ siang tadi terus whatsapp mintak detail nak buat pembayaran. Aku tak perasan lagi time ni. Aku buat macam biasa. Tapi memang betul dalam satu malam tu memang semua nak buat payment. Memang minggu tu 2 kali aku restock.

Sampai satu hari baru aku ada terbaca dekat wall, ada orang post, ‘Isteri Pembawa Rezeki Suami’.

Lepas aku bace baru aku hadam apa yang jadi selama ni.

Kau tak caya kau try la buat. Kau try tak gaduh dengan bini, kau try cuba ye kan je ape bini ko nak asalkan apa yang die nak tu kau rasa masih waras la difikiran ko.

Ok dah aku nak keluar. Dan dan la bini lapar nak makan nasi goreng ayam. Okay bye.

 

Baca: Rezeki Suami Ada Kaitan Dengan Isteri?

Baca: Siapa Sakitkan Hati Isteri, Allah Jadikan Hidupnya Tak Berkat

 

Sumber: Jimmy Johari

Advertisement
Jom Komen