Jika sebut pasal diet, yang terlintas dikepala, STOP makan nasi. Betul tak? Ramai menganggap, dengan mengelakkan pengambilan nasi, kita boleh kurus!
Tapi jika betul anda ingin ‘bercerai’ dengan nasi ataupun karbohidrat yang lain, anda harus tahu cara yang betul. Tidak semestinya anda harus berhenti terus dari pengambilan nasi.
Tubuh kita sememangnya memerlukan karbohidrat, tetapi pengambilannya perlu dihadkan dan mengikut jadual pemakanan yang betul.
Ini antara kesan jika anda berhenti makan nasi, roti dan karbohidrat yang lain.
1. MEMBAKAR LEMAK
Mengurangkan pengambilan karbohidrat bermakna kita mengurangkan jumlah kalori. Ia sekaligus membakar lemak yang disimpan sebagai sumber tenaga. Untuk mempercepatkan pembakaran lemak, bersenam sebelum sarapan.
2. TIDAK MUDAH LAPAR
Bukan kalori yang buat rasa kenyang, tapi nutrisi seperti serat, protein, dan lemak. Banyak mana pun karbohidrat yang diambil, tubuh akan mencari makanan lain yang mengandungi nutrisi. Akibatnya kita akan lebih cepat lapar.
3. PERUT LEBIH CEPAT RATA
Apabila anda berhenti makan nasi atau roti dan digantikan dengan makanan serat, perut akan lebih cepat rata. Kekurangan serat membuatkan bakteria terperangkap di usus dan menyebabkan perut kembung.
4. OTOT SEMAKIN KUAT
Jika anda ingin membina otot, makanan karbohidrat perlu dikurangkan. Ini kerana makanan berprotein sahaja yang mampu membentuk otot.
5. LEBIH BERTENAGA
Tidak semua makanan karbohdrat beri kesan buruk pada tubuh. Tapi anda perlu peka dengan kandungan karbohidrat. Tanpa makanan karbohidrat, tubuh akan lebih bertenaga, tidak cepat penat dan tidak mengantuk.
Sumber: Hanasuva