Kenapa Wajah Kita Seiras Dengan Pasangan? Ini Jawapannya

Advertisement
Advertisement

Biasa kita dengar kalau seseorang itu memiliki wajah yang seiras dengan kita, orang itu adalah jodoh kita. Bukan itu saja, ada yang kata pasangan yang serasi dan bahagia juga mempunyai muka yang hampir sama. Namun sejauh mana kebenaran ini?

 

1. Kerap Bersama

Menurut kajian psikologi, semakin kerap pasangan bersama, semakin mirip wajah mereka. Ini kerana cara hidup mereka sudah menyatu dan mempengaruhi satu sama lain.

Mereka juga cenderung untuk mengikut cara hidup orang yang dicintai. Makin banyak persamaan baik semakin mirip antara satu sama lain.

 

2. Dari Awal Lagi Kita Cari Pasangan Wajah Seiras

Apabila mencari pasangan, secara tak sedar kita sebenarnya mencari seseorang yang mempunyai persamaan, termasuklah wajah dan penampilan. Biasanya kita akan tertarik dengan seseorang yang hampir sama dengan kita. Otak juga memainkan peranan dalam hal ini.

 

3. Emosi Boleh Ubah Wajah

Pakar psikologi sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965. Ia merupakan jawapan kenapa wajah suami isteri boleh jadi seiras.

Manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya. Dan otot-otot wajah berubah mengikut emosi.

 

Sumber: Mingguan Wanita

Advertisement
Jom Komen