Kenapa Lelaki Walaupun Sudah Beristeri, Tetap Mencari Wanita Lain?

Pelik juga bila difikirkan. Ada segelintir suami, walaupun sudah mempunyai isteri, dia tetap mencari wanita lain. Kononnya untuk melengkapkan kekurangan yang ada pada si isteri.

Bila dah beristeri dua pun dia masih lagi mencari wanita lain. Seakan-akan tidak cukup dengan dua isteri yang ada di rumah.

Kenapa ya?

Mungkin perkongsian daripada Amir Syahir ini ada jawapannya.

 

DALAM kereta selepas balik dari beli barang dapur, tiba-tiba isteri aku tanya.

“Apa yang lelaki nak sebenarnya dalam hidup ni. Terutamanya yang dah berkahwin la.”

Aku diam je. Otak tengah bekerja mencari jawapan yang sesuai. Takut salah jawab nanti, jenuh aku. Aku pandang dia. Muka dia macam berfikir sesuatu. Lepastu dia sambung.

“Kalau takde anak, dia cakap nak kahwin lain sebab nak ada anak, ada pewaris daripada darah daging sendiri. Tapi, bila ada anak, ada jugak yang masih main perempuan lain.

“Bila isteri tak bekerja dia cakap rasa beban semua kena tanggung. Lepastu cari perempuan yang bekerjaya kononnya boleh bantu dia. Tapi bila dapat isteri yang bekerjaya, yang ada pendapatan tetap, dia still cari lain.

“Ada isteri yang cantik, putih gebu, ada anak-anak yang comel pun masih nak berseronok cari perempuan lain kat luar. Kalau isteri tak pandai bergaya dia cakap macam-macam.

“Haish, pening la dengan lelaki ni. Taktau apa yang diorang nak dalam hidup. Kalau kahwin sekadar nak sakitkan hati anak orang, baik tak payah kahwin. Enjoy je lah puas-puas.”

Fuhhh. Panjang lebar jugak isteri aku ni meluahkan pendapat dia. Mungkin isu ni dah lama terpendam dalam hati dia. Mungkin dia simpati ada kaum dia yang terkena dengan lelaki jenis macam ni. Aku pun dengar je. Telan air liur jugak nak jawab ni. Kakaka.

***

Aku rasa golongan macam ni golongan yang tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada. Ada isteri cantik, nak yang cantik lagi. Ada isteri yang baik dan bertanggungjawab, nak yang muslimah lagi.

Golongan yang selalu fokuskan apa yang mereka tak ada daripada bersyukur dengan apa yang mereka dah ada.

Mereka tak ada isteri yang cun dan berbadan kurus, pastu nak cari lain perempuan yang cantik dan kurus. Tapi mereka tak sedar, isteri mereka sekarang sangat baik dan pandai memasak.

Ingatlah, isteri kau bukan malaikat. Dia cuma manusia biasa yang punya kekurangan. Kau kahwinlah dengan sepuluh orang perempuan sekalipun, kau tak akan pernah jumpa yang sempurna.

Jadi, dalam rumah tangga ni, jangan duk cari apa yang kau takde. Tapi hargailah apa yang kau dah ada. Kalau kau nak cari kesilapan dan kekurangan pasangan kau memang jumpalah. Tapi cuba kau terima diri pasangan kau seadanya. Kau tentu akan tenang.

Bersyukurlah kerana dikurniakan pasangan buat menemani kau sepanjang kehidupan ni. Dan kau harus lebih bersyukur jika Allah kurniakan kau zuriat bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.

Kau duk kejar apa yang kau takde, tapi dalam masa yang sama kau tak tahu ada orang yang inginkan kehidupan yang kau ada sekarang. Kah!

 

Sumber: Amir Syahir

Jom Komen