Keluarga Atau Hobi? Ini Jawapan Keknis Bila Ditanya Tentang Hobi Suami

Kehidupan seharian Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sentiasa menjadi perhatian media dan peminat. Apa saja yang mereka lakukan pasti menjadi bualan.

Bukan itu saja, malah kucing peliharaan mereka, Bujibu Chempel turut terkena tempiasnya. Ditambah pula dengan kehadiran anak lelaki mereka, Yusuf maka lengkaplah anggota keluarga bahagia ini.

Bagi peminat yang mengikuti mereka di laman Instagram, pasti mengetahui minat Hairul terhadap aktiviti luar dan sukan lasak. Hairul sering dilihat menghabiskan masa dengan hobinya itu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa reaksi Hanis tentang hobi suaminya yang suka menghabiskan masa dengan aktiviti sebegitu. Ini jawapan dari Keknis (gelaran yang sering digunakan oleh Hanis).

 

Sokong Hobi Dan Minat Suami

Foto Kredit: FB Hanis Zalikha

I get this question a lot. Suami & hobi.

Ini bukan nasihat, ini perkongsian. Selama kami berkawan pun, Keknis dah sentiasa sokong/sertai hobi dan minat dia. Main paintball dengan kawan-kawan dia, badminton, selam skuba dan memancing kat muara. So I don’t think that should change just because we got married.

Lelaki kalau dah minat, dia memang akan fokus dan bersemangat. Macam masa dia nak ngorat kita, macam tulah. Takde siapa boleh halang. Jadi lelaki yang berhobi ni bagus, berjiwa besar & berdaya saing bila dia salurkan tenaga & semangat dia kepada aspek lain dalam hidup (keluarga & kerjaya).

 

Kena Tahu Logik Dan Toleransi

Tapi dia kena tahu logik, dan juga toleransi. Logiknya, dah kahwin taklehlah seminggu sekali nak berhobi kemain. Toleransinya, dia ada hobi, isteri pun kena ada hobi (atau masa untuk buat benda yang disukai). He can go on his fishing trips, I can go on my girls trip. But the number one rule is: Lepas kahwin, boleh teruskan hobi, tapi kena pandai jaga anak dulu. (Takleh mulakan dengan ‘anak taknak kat I, nak dekat you je’. Takleh. Dari pantang dah kena involve jaga anak).

You really do not want to take that away from him. The passion, the drive and the happiness from doing the things he loves makes him the person you admire so much. So appreciate your man and his passion. A man full of life, can love you better.

InsyaAllah.

 

Sumber: FB Hanis Zalikha