Kandungan Gugur Bahana Krim Kilo Bermerkuri

Sebut kecantikkan, ianya tidak lari dengan wanita kerana sudah menjadi lumrah seorang wanita yang sentiasa inginkan kecantikkan. Jadi tidak hairan mengapa golongan ini sanggup habiskan ribuan ringgit membeli pelbagai produk kecantikan.

Dek kerana termakan dengan kata-kata manis penjual produk, ramai wanita hari ini mengambil risiko untuk mencuba produk-produk yang status kesihatannya masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Terbaru, seorang pengguna Facebook telah berkongsi kisah bagaimana krim kilo ini telah menjahanamkan impian seorang wanita untuk menimang cahaya mata setelah kandungannya gugur akibat kesan sampingan krim merkuri yang dicubanya.

Ada kisah nak kongsi.

Khairul Yoi telah dihubungi oleh seorang kenalannya menerusi Facebook baru-baru ini yang meluahkan perasaan kesalnya setelah bertindak mencuba untuk menggunakan krim kilo, hanya semata-mata mahu kelihatan cantik dan sempurna.

Menurut kenalannya itu, krim kilo yang digunanya itu tidak memberikan sebarang kesan kepada kulitnya, sebaliknya memjejaskan ‘dalamannya’.

Disahkan hamil namun tidak sempurna.

Menurut wanita itu, beliau telah disahkan hamil 12 minggu pada 16 Ogos 2017. Namun semasa beliau menjalani pemeriksaan di sebuah klinik, doktor yang memeriksa beliau telah mendapati kandungan beliau itu tidak sempurna kerana saiz janinnya itu didapati tidak seiring dengan usia janin tersebut.

Tambah doktor itu lagi, sekiranya betul janinnya itu tidak norman dan berkembang, beliau akan mengalami pendarahan dalam tempoh beberapa minggu lagi dan boleh mengakibatkan keguguran.

Mungkin sebab produk ‘skin care’

Menurut doktor itu lagi, ianya berkemungkinan berpunca daripada faktor ovum yang tidak sempurna ataupun penggunaan produk skin care yang beracun di sepanjang tempoh kehamilan beliau.

Musibat punya produk. Ini puncanya

Setelah berminggu-minggu memikirkan puncanya, beliau akhirnya telah mendapati produk ‘skin care’ yang digunakan oleh beliau selama ini sebenarnya mengandungi merkuri yang merupakan sejenis racun.

Beliau kemudiannya telah menghubungi doktor yang memeriksa beliau tempoh hari untuk bertanya sama ada kandungan merkuri di dalam produk skin care yang digunakan oleh beliau itu boleh menyebabkan keguguran. Doktor itu kemudiannya telah mengesahkan bahawa merkuri sememangnya boleh menyebabkan keguguran kepada kandungan.

Kongsi untuk menyedarkan orang ramai

Menurut wanita itu, tujuan beliau berkongsi kisah ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai, khususnya golongan wanita supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan sebarang produk kecantikan.

Sumber : Khairul Yoi

Jom Komen