Kajian: Orang Tinggi Risiko Mati Awal

Siapa tak nak memiliki tubuh tinggi lampaikan? Boleh dikatakan ramai mengimpikan sebegitu lebih-lebih lagi bagi wanita yang memiliki tubuh langsing, pakai apa saja pun nampak cantik.

Orang lelaki pula dikatakan lebih macho jika memiliki tubuh badan yang tinggi. Mana tidaknya, kebanyakkan model-model semuanya tinggi dan itu kriteria yang dicari.

Namun, menurut kajian tubuh tinggi ada kekurangannya dan sesuatu yang membimbangkan. Bunyi agak menakutkan bukan?

Antara hasil daripada kajian tu ialah:

Orang Tinggi Alami Masalah Pertumbuhan Hormon & Mengganggu Jantung

Kajian mendedahkan, mereka yang bertubuh tinggi risiko lebih tinggi untuk mati awal kerana masalah pertumbuhan hormon.

Hormon pertumbuhan yang dihasilkan di dalam kelenjar di bawah otak boleh menyebabkan pertumbuhan tidak normal hingga tubuh mengalami gigantisme. Kadar hormon pertumbuhan yang berlebihan boleh mengganggu jantung.

Mereka Yang Tinggi Tidak Lebih 5 Kaki Hidup Lebih Lama

Kajian yang diterbitkan di dalam Postgraduate Medical Journal (British Medical Journal) mendedahkan, terlalu banyak hormon pertumbuhan dalam badan membuatkan dinding jantung lebih tebal, dimana ia memperlahankan prestasi jantung semasa mengepam darah.

Gangguan ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung atau komplikasi penyakit lain seperti kencing manis. Bagi mereka yang memiliki ketinggian tidak lebih dari 5 kaki ternyata mempunyai peluang tinggi hidup lebih lama.

Jadi, bagi mereka yang rendah jangan rasa bimbar kerana anda berpeluang untuk hidup lebih lama dari mereka yang tinggi.

Sumber: Hanasuva

Jom Komen