Jangan Terus Buang Kulit Pisang Jika Ada Masalah Jerawat

Jerawat merupakan satu penyakit yang mana ramai orang tidak suka baik lelaki mahupun perempuan. Jerawat dikatakan mencacat rupa paras seseorang. Pelbagai ikthiar dan cara kita guna untuk membuang jerawat samada secara tradisional atau moden. Dipetik daripada Style Craze, kulit pisang dikatakan mampu mengatasi masalah kulit bermasalah seperti jerawat dan kulit kusam.

Pisang mempunyai banyak khasiat dan zat yang terbaik untuk kesihatan. Namun mungkin tidak ramai yang tahu bahawa kulit pisang juga mempunyai khasiat luar biasa untuk kecantikkan kulit wajah.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Gosokkan kulit pisang pada wajah sehingga warna kulit menjadi hitam.
  2. Lakukan proses ini selama 10 minit
  3. Biarkan sisa-sisa kulit pisang tersebut melekat pada wajah untuk satu malam.
  4. Ulang setiap malam sebelum tidur.

Selain wajah, kulit pisang juga mampu memutihkan gigi kuning. Caranya mudah dan hanya perlu amalkan selalu.

Selamat mencuba!

Sumber: Style Craze & Era FM

Jom Komen