Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap! Ini Puncanya

Advertisement
Advertisement

Setiap anak ada ragam masing-masing. Anak sulung ada perangainya yang tersendiri, anak kedua pun sama, begitu juga dengan anak ketiga dan seterusnya.

Walaupun anak sulung dikatakan sebagai seorang yang mudah menurut kata, bagaimanapun mereka amat pantang jika maruah mereka direndahkan di depan adik-adik ataupun orang lain.

Kalau tak kena gaya, merajuknya boleh berpanjangan. Sentap. Namun, ada sebab kenapa anak sulung berperangai macam tu.

Antara Penyebabnya:

 

1. Terlebih Dulu Dimanja Mak Ayah

Sebelum lahirnya adik-adik yang lain, dialah intan payung mak ayah. Bila adik-adik lahir dia terpaksa terima hakikat yang dirinya sudah jadi abang atau kakak.

Walhal dia masih lagi kecil dan mahukan perhatian sebagaimana diperoleh sebelum kelahiran adik-adik.

Mak ayah pula terlupa dan beralih kasih pada yang bongsu. Tanpa sedar ada jiwa kecil yang tercalar emosi. Yang sedang merindui belaian manja yang diterima sebelum ini.

Bukan mudah dia nak terima hakikat itu. Sepatutnya mak ayah maklumkan dengan lembut dan kasih sayang.

 

2. Ia Satu Tanggungjawab Yang Berat

Setelah berusaha keras terima hakikat dirinya seorang abang/kakak, dia perlu pikul tanggungjawab.

Bila adik menangis ibu kata, ‘Abang tolong tengok adik’ ‘Kakak ambilkan lampin adik’. Kalau perasaan cemburu tak berjaya dibendung, abang atau kakak akan melakukan dengan terpaksa. Tanpa sedar dia akan jadi seorang yang memberontak.

 

3. Jatuhkan Standard Dalam Diam

Anak sulung mula memberontak dalam diam. Bila mak tak pandang, dia pulas telinga adik yang masih merah. Dia cium pipi adik dengan geram.

Katakan mak tiba-tiba terpandang, cepat-cepat mak beri amaran. Kalau masih kecil mak tak sampai hati nak tegur dan bawa adik menjauh pergi.

Tapi satu hal yang mak kena faham, anak sulung cukup pantang bila dijatuhkan standardnya depan adik-adik mahupun orang lain.

Ada cara mahu menegurnya. Bukan mengherdik atau memarahi. Tapi dengan sentuhan emosi. Tegurlah ketika tiada sesiapapun di sekelilingnya. Ia cuma ada mak dan anak sulung saja. Biarkan sesi itu jadi cukup privasi.

 

Nota Tambahan

Biarpun anak sulung anda kuat merajuk dan berjiwa sensitif, percayalah apabila anda mendidiknya dengan cara yang betul dan belaian kasih sayang yang selayaknya, dia akan membesar dengan sifat tanggungjawab yang sebenar-benarnya.

Jangan sampai anda terlalu fokus dengan kedegilan anak kedua, memberi perhatian pada anak ketiga dan seterusnya membuatkan anda lupa mahu mendakap, memeluk dan mencium mesra anak yang sulung.

Usah terlalu mendesaknya memikul tanggungjawab seorang abang mahupun kakak. Berikannya masa dan peranan selayak usianya.

Ingat! Kasih sayang anda akan mencorak bahagia anak-anak yang membesar di hadapan mata.

 

Sumber: Mingguan Wanita

Advertisement
Jom Komen