Jangan Berubat Dengan ‘Bomoh Patah’ Kalau Tak Nak Kaki Pendek Sebelah

Advertisement
Advertisement

Masyarakat kita memang biasa dengan bomoh. Anak demam sikit pun bawa jumpa bomoh. Bila suruh bawa jumpa doktor, dikatanya mahal. Habis tu jumpa bomoh bayar pakai air liur ke?

Sedarlah, soal kesihatan bawalah pergi jumpa doktor. Untuk kebaikan diri sendiri juga. Jangan sampai jadi macam yang berlaku kepada pesakit Doktor Mahyuddin Mohamed ni.

Kredit Foto: FB Mahyuddin Mohamed

SEORANG wanita berusia awal 40-an berjalan masuk ke bilik klinik kami. Beliau berjalan masuk terhincut-hincut. Jelas Kaki kirinya pendek. Kami ukur hampir 10 cm pendek.

“Doktor, lutut saya ni sakit doktor”

Rupa-rupanya 25 tahun dahulu beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika berusia 15 tahun. Tulang pehanya patah. Doktor Ortopedik mahu membuat pembedahan bagi membetulkan tulang yang patah dengan memasukkan implan (plate) tetapi bapanya tidak bersetuju & membawa beliau keluar berjumpa Bomoh Patah. Ini cerita 25 tahun dulu. Kesian kat budak tu.

Sakit lutut beliau bukan disebabkan oleh masalah lutut pun pada asalnya tetapi sebab tulang peha yang patah dulu dah bersambung pendek. ‘Tahniah’ kepada Bomoh Patah tersebut & ‘Tahniah’ kepada bapa yang buat keputusan tu dulu.

“Apa yang Puan mahu sekarang?” Saya perlu tahu expectation pesakit.

“Boleh tak nak betulkan balik kaki saya yang pendek ni?” Saya hanya tersenyum. Langsung tak pelik.

Seperti kes-kes sebegini yang lain, bapa yang bawak jumpa Bomoh Patah dulu tidak akan datang. Biasanya yang akan bawa balik anak ke hospital ni ialah Mak atau atuk nenek pesakit. Dah malu agaknya.

2 minggu yang lalu, seorang ayah bawa keluar anaknya yang berusia 7 tahun yang patah tulang peha untuk jumpa Bomoh Patah. Kami terpaksa benarkan selepas kami cerita & dokumenkan semua komplikasi yang akan berlaku. Pasti akan berlaku. Tapi orang sekarang ni degil. Makin educated, makin degil & ‘cerdik’.

Percayalah, 20 tahun lagi anak ini akan datang jumpa kami untuk betulkan kakinya yang pendek. Nak kerja susah, tempang. Malah ada yang mengadu tiada keyakinan diri, nak cari nafkah untuk keluarga tak boleh. Inilah hasil keputusan Ibubapa yang degil.

Bomoh Patah tak akan beritahu cerita macam ni. Mungkin dia tak tahu pun berapa ramai yang datang jumpa Pakar Ortopedik untuk betulkan balik hasil kerja yang diaorang banggakan sangat ni.

Kami tak rugi apa-apa pun anda berubat dengan Bomoh Patah ni. Yang rugi anda dan anak-anak anda. Jadilah ibubapa yang bertanggungjawab. Setiap ibubapa yang nak buat yang terbaik untuk anak-anaknya. Tapi keputusan anda untuk jumpa Bomoh Tulang ni silap.

Tulang peha yang patah memang perlu dimasukkan implan (besi titanium) untuk pastikan tulang yang patah tu berada dalam kedudukan yang betul untuk bercantum. Kalau anda berusia di bawah 2-4 tahun, biasanya kami akan pasang simen sahaja, tak perlu masuk besi pun. Bukan semua patah perlu masuk besi. Bincang dengan Pakar anda dulu.

Tulang akan bercantum tidak kira anda jumpa Bomoh Tulang atau Pakar Tulang. Malah jika anda baring kat rumah tak buat apa-apa pun ia akan bercantum. Lebih-lebih lagi jika yang patah tu kanak-kanak. Persoalannya, bagaimana tulang ni akan bercantum. Bercantum elok, pendek atau senget?

Kepatahan yang bercantum senget atau pendek ni akan menimbulkan stress atau tekanan pada tulang belakang, sendi pinggul, lutut dan buku lali. Akan menyebabkan Osteoarthritis awal.

Terpaksalah saya rujuk kes ni kepada Pakar Tulang khusus bahagian Advance Trauma untuk betulkan balik hasil kerja Bomoh Patah ni. Bomoh Patah terer ni tak boleh betulkan eh? Panjangkan balik tulang peha yang dah pendek 10cm ni?

Kalau ada yang boleh bagitau saya, saya nak bagi duit saya sendiri RM10 ribu cash. Geram betul ni.

“Boleh ke saya guna cerita & xray Puan ni untuk beri kesedaran kepada masyarakat?” Saya mohon kebenaran pesakit & suami beliau. Saya tak mahu ramai lagi tertipu. Jangan cakap Pakar tak payung…

“Silakan Doktor. Saya tak mahu orang lain lalu apa yang saya lalui sekarang ni.”

Tolong tag atau share agar semua ibubapa tahu & tiada anak-anak tidak bersalah yang tempang bila mereka dewasa kelak.

 

Sumber: Mahyuddin Mohamed

Advertisement
Jom Komen