Jais Arah Gantung Semua Ceramah Zamihan

Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin ramai yang mengenali beliau dek kelantangan beliau dalam majlis kuliah agama.

Namun kerana kritikan beliau terhadap Sultan Johor, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan arahan menggantung sementara semua kuliah/ceramah yang disampaikannya.

Arahan tersebut dikeluarkan menerusi surat yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim berkuat kuasa serta merta.

“Sedia maklum bahawa Zamihan yang juga merupakan Pegawai Kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

“Sehubungan itu, memandangkan beliau kini di bawah siasatan, maka pihak pentadbir masjid dan surau di peringkat akar umbi diarahkan untuk gantung sementara ceramah/kuliah yang disampaikan oleh beliau,” katanya.

Terdahulu, polis menahan Zamihan yang didakwa mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam kuliah agama pada Ahad lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kritik Sultan Johor, Zamihan Bakal Disiasat]

Dalam video terbabit, Zamihan juga didakwa membuat kenyataan perkauman tentang masyarakat cina.

Sumber: Sinar Harian