Ini Hasil Simpan Duit Merah Selama 7 Bulan, Lelaki Ini Kongsi Tips

Sesiapa saja sudah pasti akan gembira dan teruja apabila melihat duit merah berjumlah RM4,380 berjaya dikumpulkan dalam tempoh 7 bulan. Lebih manis, apabila kejayaan itu adalah hasil dari usaha dan disiplin diri sendiri.

Bagi anda yang menjadikan menabung sebagai azam tahun baru. Apa kata anda baca pengkongsian menarik dari pengguna Twitter, Roarjab di bawah.

Kredit Foto: Twitter @Roarjab

TABUNG duit merah 2017, selesai dibedah. Cubaan kali pertama menabung dari 1 Mei 2017 hingga 31 Disember 2017. Minimum simpan sehari RM10, seminggu RM70. Jumlah terkumpul adalah sebanyak RM4,380.

Nikmat dia lain macam bila tengok duit merah bersepah. Azam tahun 2018, seminggu minimum 3 keping RM50. Ayuh!

Lepas setahun beli tabung, baru rasa nak guna. Mula rasa nak menabung bila risau tengok duit dalam akaun bank makin susut. Aku tak suka menabung sebenarnya sebab tak tahu berapa jumlah duit yang dah simpan. Tapi terpaksa menabung bila duit dalam bank makin susut sebab asyik shopping online.

Bila menabung, selamat sikit duit. Dah masukkan duit, takkan la nak susah payah pecahkan tabung semata-mata nak beli kasut, baju atau benda lain.

Minimum simpan RM10 sehari. Tapi akan ada hari yang aku simpan lebih. Bergantung pada apa yang aku buat, dapat, capai dalam minggu tu. Reward and punishment.

Reward contohnya kalau aku ada achieve something yang aku harapkan. Contohnya masa aku habis intern, aku convo hari tu. Minggu tu aku masukkan lebih. Instead of RM70 minggu biasa, minggu reward tu aku masukkan RM200 seminggu.

Macam tu jugak punishment. Contohnya minggu tu aku jadi malas semacam, aku terlebih guna duit dalam bank, aku kena la punish diri aku dengan masukkan duit lebih dalam tabung. Contohnya RM150. Hujung tahun merasa la duit reward and punishment tu.

Antara benda paling triggered buat aku nak menabung bila baca experience orang lain menabung dekat @kewangangraduan dan baca DJ radio belen @mohdeazy tweet ‘hari ni dah simpan RM5 ke belum?’.

Kredit Foto: Twitter @Roarjab
Kredit Foto: Twitter @Roarjab
Kredit Foto: Twitter @Roarjab

Nak menabung tak senang tak susah. Depends pada orang la. Pertama kena ada tabung, kedua disiplin, ketiga paling penting sumber. Ada tabung dengan disiplin kalau sumber kewangan tak ada pun tak jadi juga.

Jadi, carilah sumber kewangan yang halal untuk mula menabung. Tak mampu start dengan amount yang besar, start la dengan 50 sen, RM1, RM5, RM10 sehari. Hujung tahun tetap akan banyak. Lepas tu baru la simpan RM50 dan seterusnya.

Sumber: Roarjab

Jom Komen