Inai Homemade, Modal Tak Sampai 3 Ringgit, Paling Penting Boleh Bawa Solat!

Kadang-kadang geram bila tengok kuku orang lain pakai pewarna kuku, nampak cantik je. Kita ni nak pakai takut tak boleh bawa solat pulak.

Nasib baik la Rosdiana Dian baik hati kongsika resipi Inai Homemade, modal tak sampai RM3 pun dan paling penting boleh bawa solat. Lagipun, nak cari daun inai bukan senang. Eloklah kalau korang tiru je cara Rosdiana Dian ni.

Jom baca perkongsian beliau.

 

HI semua,

Mak nak share inai homemade yang mak buat siang tadi. Actually Uolls buleh jugak tanya pakcik Google. Cuma resepi ni mak dapat dari kawan Mak.

Mungkin lain orang lain bahannya. Modal tak sampai 3 hengget.

 

Bahan-Bahan

1. Kapur sireh/kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku (sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja. Jangan banyak-banyak takut panas, kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.

 

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Ini kapur sireh. Buleh beli kat kedai runcit. Takpun try jengah kat dapor kome. Mesti ada punya la.. bukan nak pakai banyak pun. secoet ja.

 

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Agak-agak gini la sukatan kapur sireh tu tadi. Jangan banyak sangat kang lain jadinya.

 

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Bukan kapor kasut tau tau tau. Ni ha, kapor sireh atau dikenali sebagai kapor makan.

 

2. Sabun mandi yang jenis ketul/buku (sukatan 2cm persegi). Atau, sabun axion pun boleh. Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau (kalau axion dalam sukatan 1 sudu besar).

 

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Besor tu ja sabun mandi mak pakei. Dalam ukuran 2cm persegi. Mak pakei sabun yang dapat dari hotel-hotel (mujur ada), sebab umah mak pakei sabun gemok. Axion pun takde. Basuh pinggan pakai yang cecair. Mak parut pakei gunting jerk.

 

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Ni la hasil sabun mandi yang mak dah siap parut tadi.

 

3. Pewarna makanan kaler ceri merah. Ada yang pakei sirap, ikutlah nak warna apa pun oren, purple, hijo, coklat ke hitam ke. Siapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau. Itu tak boleh, lain jadinya karang. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).

 

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Ini la pewarna makanan yang mak pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Rege dalam RM2.50. Ada jugek yang pakei sirap. Tak kesah la Uolls nak kaler apa pun. Ungu ke. ijau ke. hitam coklat ke. Mak tak rela pulak nak kaler ijau. Tapi jangan yang jenis kordial tu tau. Naiya ja kang tak jadik.

 

Cara Penyediaan

1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau.

 

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Ni struktur bancuhan 3 bahan asas tadi.

 

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Ni hasilnya. Dapat setupperware kecik.

 

2. Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.

 

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Mak pakei putik kapas yang kecik tu ha.

 

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Ni tangan kiri mak. Rasa kemas ja.

 

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Dapat tangan kanan. Jenuh, comot, sebab mak bukan lefthanded. Tapi toksah bimbang. Bior comot terkena kulit pun, sebab yang kat kulit boleh hilang, yang kat kuku ja kekal hingga kuku dipotong.

 

Hasilnya

Kredit Foto: Rosdiana Dian

Ni hasilnya. Semoga terinspirasi buat uolls. Mak buat ni sebab stok inai Mak dah abeh. Inai dari Mekah tuari pun ilek. Dah la mak memang inai tak putus dijari. Sentiasa perantin baru ler katakan.

Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama. Kejap ja pudar. Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden nih.

Lagi satu, yang paling penting buleh bawa solat. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam kuitik tu (betoi ke mak eja). Tak caya lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.

Selamat mencuba.

 

Sumber: Rosdiana Dian

Jom Komen