Ibu Pejabat SPRM Dikawal Rapi

PINTU utama keluar masuk bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dekat Presint 7 diperketatkan, lapor BH Online.

Tinjauan media di bangunan itu pagi ini, mendapati setiap kenderaan yang keluar dan masuk ke bangunan terbabit perlu melalui pemeriksaan ketat oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Difahamkan, arahan untuk pemeriksaan itu dikeluarkan hari ini oleh pengurusan tertinggi SPRM, namun tidak dimaklumkan sehingga bila ia diteruskan.

Sumber memberitahu, pemeriksaan itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang dokumen rahsia dibawa keluar tanpa kebenaran.

Sementara itu, khabar angin berhubung bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan melaporkan diri di SPRM hari ini, tidak benar.

Sumber SPRM memberitahu, beliau masih berada di luar negara dan dijangka pulang ke tanah air, esok.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan terus melaporkan diri sejurus pulang atau sebaliknya.

 

Sumber: BH Online

Jom Komen