Ibu Bapa Jangan Cuai, Kalau Tak Nak Bibir Anak Anda Melecur Teruk Seperti Budak Ini.

GARA-GARA memasukkan kabel pengecas telefon di mulut, bibir bayi perempuan berusia 19 bulan melecur teruk.

Menurut Courtney N Davis, ibu mangsa, bayinya memasukkan kabel pengecas tersebut ke dalam mulut pada 28 September lalu, sebelum terkena renjatan elektrik yang menyebabkan bibir kirinya melecur teruk.

Bayi itu kemudian dibawa ke pusat perubatan dan doktor mengesahkan bibir mangsa melecur. Bagaimanapun, tiada ubat yang dapat diberikan kerana bimbang akan dijilat oleh bayi perempuan tersebut.

Kebiasaanya, Courtney tidak meletak alat pengecas telefon di tempat yang boleh dicapai oleh bayinya itu. Namun pada hari kejadian, dia terlupa untuk menyimpan alat pengecas tersebut.

Sebelum ini bayi perempuan itu tidak pernah menyentuh atau memasukkan alat pengecas tersebut ke dalam mulut. Namun, hanya beberapa saat sahaja bibirnya sudah melecur.

“Pada hari kejadian, dia memasukkan kabel pengecas ke dalam mulut sehingga bibirnya melecur teruk,” katanya.

Courtney menasihatkan ibu bapa dan penjaga serta pengasuh berhati-hati dan tidak meletak atau membiarkan alat pengecas telefon di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Sumber: FB Courtney N Davis, The Reporter

Jom Komen