Hutang 1 Juta, Wanita Ini Anggap Salah Satu Cara Allah Tunjuk Kasih SayangNya

Puan Norsahida Mohamad Said, wanita yang tidak lokek dengan senyuman ini pernah berhutang RM1 juta akibat kegagalan dalam berbisnes.

Atas keyakinannya yang tinggi terhadap pertolongan Allah, akhirnya Pengasas Elsee ini berjaya menyelesaikan hutang tersebut.

Jika anda sedang menanggung beban hutang yang tinggi, bolehlah cuba praktikkan panduan yang dikongsikan oleh Puan Norsahida Mohamad Said di bawah.

Kredit Foto: FB Norsahida Mohamad Said

 

Tulis Puan Norsahida Mohamad Said,

 

Hari ni akak dihubungi oleh 2 orang yang mana kedua-dua mereka ni ada hutang hampir 1 juta. Seorang pompuan dan seorang lagi lelaki. Seorang akak kenal, pernah jadi ejen produk akak dan seorang lagi akak tak kenal, mungkin followers akak.

Dengar cerita mereka berdua, akak faham sangat keadaan mereka yang serba kekurangan sekarang. Sampai terpaksa berhijrah, tinggal negeri. Allahu. Faham juga perasaan mereka yang sedang down. Kena maki, kena marah sebab hutang. Tak lena tidur, hati berdebar debar tak tentu hala.

Kita yang hutang sikit ini pun, rasa tak aman hidup kan. Setakat hutang PTPTN, hutang kereta, hutang rumah dah pening kepala dan nak cepat-cepat bagi langsai. Ini kan pula mereka yang ada hutang hampir 1 juta ni.

Okay. Ini nasihat akak yang pernah melaluinya.

 

1. Bertenang

Ya, apa pun keadaan yang awak hadapi sekarang, sila bertenang dulu walau pun sukar sangat nak bertenang waktu sekarang. Ingat Allah ada.

 

2. Senaraikan Semua Hutang

Sikit ke banyak, senarai semua. Tulis atas kertas, bagi nampak. Senaraikan juga income yang ada.

 

3. Kategorikan Hutang

Kategorikan hutang kepada beberapa bahagian seperti tak boleh runding atau boleh runding.

 

4. Jumpa Institusi Atau Orang Yang kita hutang

Terangkan kepada mereka keadaan sebenar kita. Bawa apa-apa bukti yang boleh kita tunjuk. Jika bank, minta buat penstrukturan semula bayaran. Panjangkan tempoh bayaran dan kecilkan amaun bayaran. Jika orang perseorangan, bincang untuk kecilkan bayaran setiap bulan bukan bayar secara lumpsum.

 

5. Cut Cost Apa Saja Yang Tak Perlu

Potong komitmen bulanan yang tak perlu dan kecilkan kos sara hidup. Memang perit dan akan selalu menangis terutama bila tengok anak anak hidup serba kekurangan, tapi ianya perlu jika kita commit untuk bayar hutang.

 

6. Cari Income Segera Yang Boleh

Buat beberapa kerja supaya cukup untuk tampung hidup ala kadar dan juga dapat bayar hutang setiap bulan tanpa gagal. Jika kita gagal, nama baik kita pasti tercemar. Dahlah tercemar sebab berhutang, lagi buruk sebab dah janji nak bayar tapi tak bayar.

 

7. Jangan Malu

Jangan malu untuk buat kerja yang kita tak pernah buat sebelum ini. Yang pasti pekerjaan yang halal untuk bagi keluarga makan.

 

Cukuplah 7 tips yang akak boleh berikan. Buat ini dulu, insyaAllah, Allah akan lorongkan jalan untuk kita bayar segala hutang yang ada. Pesan akak, jangan buat hutang untuk bayar hutang. Akak dulu, nak bayar hutang dengan satu bank ni, mula-mula akak bayar RM200 sebulan, bila bisnes dah OK, akak start bayar RM1k sebulan. Lepas tu naik RM2k sebulan sampai habis. Alhamdulillah.

 

Pen Hitam

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang sedang mengalami fasa kejatuhan. Jika hari ini anda berada di bawah, itu tidak bermakna anda akan berada di bawah selamanya. Satu hari nanti, anda akan naik ke atas juga. Bersabarlah dan jangan sampai berputus asa dengan ujian Allah.

 

Sumber: FB Norsahida Mohamad Said

Jom Komen