Honey Patch Untuk Atasi Batuk Berkahak Dan Selesema Anak

Ketika anak mula dijangkiti bantuk dan selsema, ibu adalah insan yang paling terkesan dengan keadaan anak tersebut. Panik, resah, serabut, tertekan dan sebagainya. Jika boleh, segala cara akan dilakukan agar anak tersayang sembuh dan kembali aktif seperti biasa.

Melalui laman Facebook Anja Azura, beliau telah kongsikan cara semulajadi untuk membuat ‘honey patch’ bagi mengatasi masalah batuk dan selsema anak. Oleh itu, kami harap perkongsian ini dapat membantu mengurangkan keresahan di hati ibu-ibu di luar sana.

Menurut beliau, ‘honey patch’ ini sesuai untuk peringkat bayi mahupun kanak-kanak.

Foto Kredit: FB Anja Azura

Tulis Anja Azura,

Nak buat honey patch?

Tengok cara-cara di bawah. Honey patch ini sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang mengalami batuk berkahak dan selsema. Batuk biasa juga boleh gunakan.

 

Bahan-bahan:

  1. Tepung gandum yang telah diayak
  2. Madu asli
  3. Minyak zaitun atau minyak kelapa dara
  4. Kain napkin yang dipotong kecil
  5. Pita pelekat

 

Foto Kredit: FB Anja Azura

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
  2. Tepung gandum dicampurkan bersama dengan sesudu madu dan sedikit minyak zaitun/kelapa dara.
  3. Gaul sebati sampai adunan tidak melekat. Jika melekat boleh tambahkan tepung. Jika adunan tidak sebati boleh tambahkan madu mengikut kesesuaian.
  4. Selepas adunan sebati, bulatkan dan letak diatas kain napkin yang telah dipotong segiempat kecil.
  5. Ambil sehelai lagi kain napkin dan tutupkan sebatian adunan tadi.
  6. Lekatkan dibelakang badan anak dengan pita pelekat.

Siap!! Selamat mencuba.

 

Nota:

  1.  AMARAN! Jangan lekatkan di bahagian jantung atau berdekatan jantung.
  2. Pakai sebelum waktu tidur malam dan dibiarkan sehingga 3-8 jam.
  3. Bagi anak yang batuk berkahak bila buka dan pecahkan adunan, akan ada lendir dalam adunan‪ tersebut.

 

Sumber: FB Anja Azura

Jom Komen