Hapuskan Whitehead Dengan Kos Serendah 40Sen!

Selain jerawat, whitehead juga merupakan masalah utama kulit muka. Kehadiran whitehead sedikit sebanyak akan mencacatkan kecantikan wajah seseorang. Oleh sebab itu, ramai yang tidak suka apabila muka dipenuhi dengan whitehead.

Salah satu cara untuk merawat whitehead ialah anda boleh melakukan facial spa. Namun, petua menghilangkan whitehead secara semula jadi juga boleh diamalkan. Seperti yang dikongsikan Yanie Rosdi.

 

DIY BUANG WHITE HEAD SERENDAH RM0.40 SAHAJA

Stress bila white head penuh di muka terutama di sekitar zone T?

Saya kongsikan cara paling jimat untuk buang white head degil itu.

Boleh follow step by step dekat gambar di bawah.

Yang paling penting muka mestilah diwap dengan air suam dulu untuk buka pori supaya lebih terangkat.

 

CARA-CARA

1. Sediakan sebiji telur dan 3 keping kapas muka.

 

2. Rendam kapas tersebut di dalam putih telur.

 

3. Tampalkan kapas bertelur di sekitar zone T dan tinggu sehingga 1 jam.

 

4. Tadaaa…u see black head dah terangkat dengan jayanya. Cuba konsisten buat seminggu dua kali dan tengok hasilnya nanti.

 

Sumber: Yanie Rosdi

Jom Komen