Hapuskan Blackhead Guna Berus Gigi, Hanya Seminit Hidung Akan Bersih

Bukan senang nak hapuskan blackhead, lebih-lebih lagi dekat bahagian hidung. Macam-macam produk dah guna tetapi masalah tetap tak pernah selesai. Tak guna juga kalau setakat cover dengan makeup je, risau makin teruk pula nanti. Nak tak nak, anda patut cuba petua menghilangkan blackhead menggunakan berus gigi ini.

 

BAHAN-BAHAN

  • Berus gigi yang tidak pernah digunakan
  • 1 sudu kecil ubat gigi
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Air suam secukupnya
  • Tuala

 

CARA-CARA

1. Cuci wajah sehingga bersih terlebih dahulu.

 

2. Ambil tuala dan celup ke dalam air suam, kemudian usap tuala tersebut pada kawasan berbintik. Tujuan ini adalah untuk membuka liang pori serta mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori.

 

3. Campurkan ubat gigi, serbuk penaik dan air dan kacau hingga rata.

 

4. Sapu campuran tadi pada bahagian yang berbintik hitam, gosok dengan berus gigi selama beberapa minit.

 

5. Selepas gosok, biarkan 1 ke 2 minit sebelum mencuci muka dengan air suam.

 

Selamat mencuba!

 

Sumber: Mingguan Wanita

Jom Komen