(VIDEO) Hafiz Hamidun Bukan ‘Taste’ Saya – Joy Revfa

Usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Refva telah mengadakan sidang media sebentar tadi, bagi menjawab persoalan orang ramai tentang status perkahwinan beliau bersama Hafiz Hamidun.

Joy, menerusi sidang media tersebut, berkata, perkahwinan beliau dengan Hafiz Hamidun disokong oleh ibunya yang menganggap Hafiz sebagai seorang yang beragama, baik dan boleh menjadi suami yang baik.

“Kalau ikutkan saya, Hafiz Hamidun bukan ‘taste’ saya,” kata Joy.

Joy turut berkata, Hafiz Hamidun tidak layak bergelar suami, mahu pun bapa kepada anaknya kerana tidak mampu memberikan nafkah batin seperti lelaki lain.

“Saya memang tidak mahu meneruskan pernikahan ini. Saya sangat lapang hati dan setuju untuk meneruskan permohonan cerai ini.” katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan Hafiz memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari hari ini, Joy menyatakan dia tidak tahu mengenai permohonan cerai itu dan hanya dimaklumkan mengenainya oleh pihak media.

“Pihak Hafiz tidak beritahu apa-apa. Pihak media yang beritahu tadi.

“Apabila Hafiz bertindak demikian, ia boleh menyebabkan ramai orang keliru. Ini kerana sebelum ini dia mendakwa saya bukan isterinya. Jadi, apabila dia memfailkan perceraian, secara tidak langsung ini menunjukkan saya adalah isterinya,” katanya.

Joy Revfa turut berpendapat Hafiz bukanlah lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

“Dia gagal melindungi saya sebagai isteri. Bagi saya, dia tidak layak menjadi suami. Ini kerana dia gagal memberi nafkah batin,” katanya.

Hafiz bagaimanapun enggan mengulas apabila dimaklumkan mengenai sidang media yang diadakan Joy.

“Saya tahu dia adakan majlis sidang media hari ini. Apa saja yang dikatakannya dalam sidang media itu, saya tak mahu ambil tahu kerana itu hak dia,” katanya.

 

Sumber: Siakap Keli, Harian Metro