Gambar ‘Tombiruo’ Buat Peminat Cair

Tindakan Zul Ariffin memuat naik gambar dirinya tanpa memakai baju di Instagram, telah menarik pelbagai reaksi dari peminat.

Zul, memuat naik gambar tersebut bagi mempromosikan filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang mula ditayangkan semalam.

“Parang sudah mau keluar!! 1 HARI LAGI🔥🔥🔥 #Tombiruo #TombiruoMovie #PenungguRimba #SiapaTombiruo #NamanyaDigeruni” tulisnya.

Namun, rata-rata peminat, terutamanya kaum wanita teruja dan memberikan komen tentang tubuhnya yang ‘sado’ tidak berbaju itu.

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba, adaptasi dari novel tulisan Ramlee Awang Murshid, telah berada di pawangan semalam.

Bagi peminat novel Ramlee Awang Murshid, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat tayangan ini.

 

Sumber: Insta Zul Ariffin, Insta Tombiruo Movie