GAMBAR: Baby Maryam, Anak Fizo Dan Mawar Jadi Perhatian Netizen

Empat tahun menunggu, akhirnya rezeki menjadi milik Fizo Omar dan Mawar Karim. Tanggal 29 Disember lalu, menjadi detik bersejarah buat pasangan ini kerana dikurniakan seorang puteri.

Terdahulu, Fizo menyatakan isterinya mengalami penyakit Endometriosis yang menyebabkan dia sukar hamil. Jadi, dengan kehadiran bayi sulung ini sudah pasti akan menceriakan lagi hidup pasangan ini.

Semalam, buat pertama kalinya Fizo telah berkongsi gambar puteri mereka yang diberi nama Wan Maryam. Rata-rata netizen suka memuji wajah comel Wan Maryam, terutama hidungnya yang mancung tu.

ASSALAMUALAIKUM, Hi, semua uncle dan aunty, kawan daddy dan mummy dalam IG dan FB ni.

Nama saya Wan Maryam binti Wan Hafizol. Hari ni genap 2 minggu umur saya. Terima kasih kepada yang mendoakan kami semua selama ini.

Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mummy Rose @Mawar_Karim yang 24 jam bersama saya selama 9 bulan ni. Mummy bertarung nyawa nak lahirkan saya pada 29 dec 2017. Saya pula asyik tendang perut mummy je sebelum ni. Sorry ye mummy!

Empat tahun mummy dan daddy tunggu saya dan saya tahu yang paling happy adalah neny saya, Pn Faridah dan tok bah saya, En Aminuddin sebab saya ni cucu pertama. Tok ma pun happy sangat sebab dia selalu cakap satu je permintaan dia yang belum tercapai adalah nak tengok anak Fizo.

Alhamdulillah, dengan kehadiran saya ni semoga membawa keberkatan dan menggembirakan semua orang.

Doakan saya sentiasa sihat dan menjadi anak yg solehah.

 

Sumber : Fizo Omar