Fizo Omar Sedih Farid Kamil Dihentam Netizen

Isu kontroversi yang melandakan Farid Kamil baru-baru ini bukan saja mendapat perhatian netizen, malah turut mendapat perhatian daripada beberapa rakan artis.

Semalam, Fathia Latiff , Beto Kusyairy dan Khir Rahman dilihat memberikan sokongan penuh kepada Farid Kamil. Sokongan tersebut dinyatakan melalui laman sosial twitter.

Baca: Rakan Artis Beri Sokongan Penuh Kepada Farid

Terbaru, usahawan dan pelakon, Fizo Omar turut menyampaikan sokongan penuh kepada Farid Kamil dan menggesa netizen agar berhenti menghentam Farid dan juga keluarga.

 

RESPECT LA!

Semuanya berlaku adalah dengan izinNya dan yang pasti dan nyata tiada benda yang berlaku tanpa sebab dan hikmahnya.

Setiap hambaNya diuji mengikut kemampuan masing-masing. Kita tidak tahu tahap mana kemampuan kita. Ukurannya adalah berdasarkan ujian yang diberikan olehNya kepada kita. Hanya yang kuat akan diberikan dugaan yang setahap dengannya.

Dugaan dan kejayaan adalah dua sahabat baik. Mereka tidak akan berpisah. (Jika) Hadirnya dugaan, percayalah kejayaan sedang menunggu di hadapan, capainya kejayaan sudah pasti dugaan sedang menanti. Itulah kehidupan duniawi.

Cabaran kita semua berbeza. Korang tahu ke esok lusa apa cabaran untuk kita pula. Maaf la aku sedih bila tengok netizen bantai FK bertalu talu, apa perasaan wife dia, anak-anak dia dan family dia? Diorang salah ke? Korang pernah fikir ke?

Kot ye betul dia buat salah sekalipun, adakah dia minta jadi semua ni? Knowing him, dia sangat cool, caring dan responsible. So kalau tak ada ‘something wrong’ I’m very sure dia tak kan buat apa yang dah berlaku. Theres must be something wrong behind it yang kita semua tak tahu. Cuma yang tahu nak bantai seolah-olah dia ni tak pernah buat sebesar zarah kebaikan pun. Come on la! Hari ni hari dia, esok lusa akan tiba turn kita pula.

Please la semua, aku bukan nak backup sebab dia ni kawan celebrity ke apa, tapi nak komen tu fikirlah dulu. Dia pun tak nak jadi macam ni. Then kenapa Allah izinkan berlaku pasti ada sebab yang kita semua pun tak tahu.

Allah dah pilih dia untuk diuji dengan dugaan yang maha hebat ni hanyalah untuk orang hebat sahaja.

Aku harap DD dan family stay strong dan aku doakan hikmah disebaliknya akan membawa kebaikan kepada FK dan family.

Bro FK aku tahu ko kuat, percayalah cakap aku, the hardest challenges in every level is the last check point before you proceed to the higher level!

Hati aku berkata-kata ni bukan untuk menutup kesalahan yang dia buat, cuma aku nak kita semua berfikir sekejap dan bersedia bila tiba giliran kita pula. Entah esok atau lusa brother!

Ingatan untuk aku dan semua.

Satu jari kita tunjuk kepada orang, lagi sembilan jari menghadap diri sendiri.

 

Sumber : Fizo Omar

BERITA BERKAITAN

  1. Pelakon Bergelar Datuk Tampar Polis Dan Tendang Orang Awam
  2. Datuk Farid Kamil Ditahan Kerana Amuk Dan Serang Polis
  3. (Update) Positif Ganja Rupanya
  4. Farid Kamil Direman Empat Hari
  5. Berhentilah Kecam Farid Kamil, Dia Sedang Tertekan – Sofi Jikan
  6. Rindukan Anak Mungkin Punca Farid Ambil Ganja, Kata Adik Farid Kamil
  7. Diana Danielle Nafi Farid Kamil Tertekan Sebab Tak Dapat Jumpa Anak
  8. Rakan Artis Beri Sokongan Penuh Kepada Farid
  9. “Saya Tak Pernah Larang Farid Jumpa Anak” – Ibu Diana Danielle
  10. Ridzuan Hashim Dakwa Ditampar Farid Kamil Sehari Sebelum Kejadian
  11. Ibu Mentua Farid Kamil Kecewa
  12. Sahabat Pertahan Farid Kamil Kerana Peribadi Beliau Yang Baik