“Farid Tidak Pernah Sesekali Naik Tangan Atau Mengasari Saya” – Diana Danielle

Pelakon Datin Diana Danielle akhirnya membuka mulut berhubung kes melibatkan suaminya, pengarah dan aktor Datuk Farid Kamil di Instagram miliknya, hari ini.

Diana menerusi laman sosial itu memuat naik satu kenyataan ringkas berhubung kontroversi yang melanda suaminya.

Dalam kenyataan terbabit, Diana menyatakan dia memerlukan masa untuk memproses keadaan yang sedang berlaku sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Diana turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang dibuat kepada dirinya dan suami.

“Terima kasih kepada anda semua atas sokongan terhadap saya dan suami,” tulisnya.

Selain itu, Diana menegaskan Farid tidak pernah sesekali mengasari dirinya.

Malah, dia tetap akan berdiri teguh disamping Farid selain akan berusaha memperbaiki apa diperlukan selain memperkukuhkan yang sedia ada.

“Pada tahap ini, saya tidak akan menjawab sebarang soalan kerana merasakan ia tidak akan membantu keadaan,” katanya.

Khamis lalu, Farid didakwa menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja.

 

Sumber: mStar Online

BERITA BERKAITAN

  1. Pelakon Bergelar Datuk Tampar Polis Dan Tendang Orang Awam
  2. Datuk Farid Kamil Ditahan Kerana Amuk Dan Serang Polis
  3. (Update) Positif Ganja Rupanya
  4. Farid Kamil Direman Empat Hari
  5. Berhentilah Kecam Farid Kamil, Dia Sedang Tertekan – Sofi Jikan
  6. Rindukan Anak Mungkin Punca Farid Ambil Ganja, Kata Adik Farid Kamil
  7. Diana Danielle Nafi Farid Kamil Tertekan Sebab Tak Dapat Jumpa Anak
  8. Rakan Artis Beri Sokongan Penuh Kepada Farid
  9. “Saya Tak Pernah Larang Farid Jumpa Anak” – Ibu Diana Danielle
  10. Ridzuan Hashim Dakwa Ditampar Farid Kamil Sehari Sebelum Kejadian
  11. Ibu Mentua Farid Kamil Kecewa
  12. Sahabat Pertahan Farid Kamil Kerana Peribadi Beliau Yang Baik
  13. Fizo Omar Sedih Farid Kamil Dihentam Netizen
  14. Azad Jasmin Luah Rasa Pelik Kes Penahanan Farid Kamil