Fakta Kenapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpelukan

Setiap pasangan sudah pasti akan memberikan yang terbaik buat yang dicintai. Bahasa badan juga amat penting dalam sebuah perhubungan. Kedua-duanya harus memainkan peranan yang penting agar hubungan sentisa kekal hangat dan romantis.

Menurut kajian, pelukan juga adalah salah satu cara untuk kita meluahkan rasa kasih dan sayang terhadap pasangan kita. Bukan dengan cara bersentuhan sahaja kita ia juga berkaitan dengan emosi dan juga fizikal. Mungkin kebanyakkan di luar sana jarang sekali untuk tidur secara berpelukkan antara satu sama lain.

Mungkin dengan alasan lain, tidur berpelukkan ini juga boleh membuat segelintir orang berasa rimas, panas dan juga tidak selesa. Jangan memberikan apa-apa alasan lagi, mari kita mulakan amalan tidur sambil berpelukkan mula pada hari ini.

Mengikut kajian, apabila pasangan suami dan isteri mengamalkan posisi tidur secara berpelukkan ini akan pasti mendapat kelebihannya. Disamping tidur berpelukkan, ia juga boleh memberikan kembali keharmonian pada hubungan rumahtangga dan pada masa yang sama juga, anda boleh menjalinkan hubungan perasaan sesama sendiri. Ia juga sangat bagus untuk kesihatan anda dan pasangan.

Inilah kepentingan tidur secara berpelukan:

Mengurangkan tekanan

Semasa kita tidur bersama pasangan yang kita sayang, pada masa yang sama kita boleh mengurangkan perasaan tertekan. Sangat manis lagi bila kita boleh tidur bersama orang yang kita cintai secara berpelukan. Dengan cara tidur berpelukan, ia juga boleh membantu kita dan boleh mengurangkan kadar tekanan dan ia juga boleh membantu perjalanan darah menjadi sangat lancar.’

Kadar hormon ‘Oxytocin’ meningkat

Hormon Oxytocin ini juga boleh dikaitkan sebagai hormon percintaan. Semakin banyak hormon cinta ini dirangsangkan, maka semakin bercambahlah kasih sayang dan ia juga boleh menghilangkan perasaan marah dan juga sunyi.

Tidur lebih lena

Jika anda seorang yang mengalami kesukaran untuk tidur, anda boleh minta tolong pasangan anda untuk memberikan pelukan. Menurut kajian juga telah membuktikan bahawa tidur secara berpelukan ini juga boleh membantu anda buangkan tabiat sukar tidur. Anda juga boleh rasakan ketenangan dan tidak akan memikirkan apa-apa masalah ia juga akan membuatkan anda cepat tidur.

Bagus untuk kesihatan jantung

Tidur bersebelahan dengan pasanagn anda juga boleh memberikan kebaikan kepada kesihatan jantung kita. Disebabkan itu juga anda akan merasakan kehangatan yang akan memnyebabkan fungsi jantung berdegup pada kelajuan yang normal. Pada masa yang sama, ia tidak akan memberikan ketegangan pada jantung anda.

Menjadi semakin bertenaga

Rasa kebahagiaan tidak akan habis walaupun anda telah bangun dari tidur. Apabila anda melihat di samping anda ialah orang yang paling anda sayangi dan cintai. Pakar kajian berkata, anda juga boleh merasakan tenaga yang positif malah rasa bersemangat dan bertenaga untuk pergi ke tempat kerja akan bertambah.

Panjang umur

Menurut kajian juga, apabila seseorang itu sedang berehat di samping pasangan yang dicintainya, itu juga boleh membuatkan fungsi otak,jantung dan organ-organ lain di dalam tubuh badan kita bekerja secara normal. Tanpa anda sedari, ia boleh meningkatkan kadar umur anda.

Meluahkan perasaan kasih dan sayang

Amalan berpelukan juga boleh dijadikan sebagai kita menunjukkan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan. Ia juga boleh memperbetulkan semua permasalahan yang boleh merenggangkan perhubungan.. ia juga boleh memberikan kesuburan pada setiap hubungan anda dengan pasangan serta meningkatkan percaya antara satu sama yang lain.

Amalkan posisi tidur secara berpeliukan bersama pasangan. Kebahagiaan yang kita selalu ingin terus kekalkan sampai bila-bila. Tidak salah untuk kita tunjukkan perasaan sayang dengan pasangan yang kita cintai. Selamat Mencuba.

Sumber: Aliffchannel

Ikuti kami di Instagram Pen Hitam Dot Com

Jom Komen