DIY Rak Dapur Sendiri, Lebih Jimat Dan Puas Hati

Rak dapur adalah sangat penting agar barang dapur dapat disusun dengan kemas dan teratur. Biasanya, orang beli je rak dapur ni. Tapi kalau kita kreatif bolehlah buat sendiri. Lebih jimat dan puas hati.

Jadi, kami nak kongsikan cara untuk buat rak dapur sendiri menggunakan kayu pallet yang menjadi trend sekarang. Mudah je. Mak-mak pun boleh buat. Jom kita tengok cara-caranya.

 

BAHAN-BAHAN

  • Kayu Pallet
  • Paku
  • Penukul Besi
  • Alas Rumput

CARA-CARA

  1. Dapatkan kayu pallet (saya guna pine wood).
  2. Potong mengikut bentuk kotak dan paku. Anggaran panjang dan lebar kayu mengikut anggaran sendiri, jika mahu panjang atau pendek, besar atau kecil.
  3. Gosok dengan kertas pasir atau mesin ke atas permukaan kayu serta varnis jika mahu.
  4. Buatkan tiang kiri dan kanan secara vertical.
  5. Screw atau paku kotak pada tiang kiri kanan.
  6. Potong dan alaskan rumput tiruan (pilihan).

 

Rak sengaja di susun serong pada bahagian atas dan tegak pada bahagian bawah bagi memudahkan untuk meletak botol-botol.

 

Sedia untuk digunakan. Selamat Mencuba.

 

Sumber: Jeffry Jefisz

Jom Komen