Disangka Rakan Sebilik, Rupa-Rupanya Satu Semester Duduk Dengan Hantu

Kalau sembang dengan kawan-kawan masa study dulu mesti macam-macam kisah seram yang akan keluar. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di asrama. Nak kata tipu pun tak juga, sebab bukan seorang je yang cerita, ramai lagi pelajar lain yang cerita benda sama.

Cerita yang kami nak kongsikan ini berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terletak di Sintok, Kedah. Benar atau tidak kami tak tahu. Kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang cikgu matrikulasi.

Cerita ini berlaku di sebuah bilik di asrama perempuan. Menurut si pengadu, terdapat seorang pelajar yang tinggal bersama rakannya di bilik berkenaan. Tidak ada apa-apa yang luar biasa. Kehidupan mereka sama seperti pelajar-pelajar lain.

Tidak ada syak wasangka dan tidak ada sebarang benda pelik yang berlaku. Segala-galanya normal sehinggalah pada suatu hari apabila pelajar tersebut balik ke bilik.

Begini ceritanya, semasa pelajar ini ingin tidur, dia telah meminta rakannya untuk menutup suis lampu kerana dia tidak boleh tidur dalam keadaan bilik terang.

Tapi apa yang berlaku adalah amat memeranjatkan. Teman sebiliknya itu dengan selamba menjulurkan tangannya yang panjang macam hantu dalam filem Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Tanpa buat masa, pelajar tersebut terus berlari keluar dari bilik.

Apabila dia menceritakan kisah ini kepada teman-teman yang lain, mereka semua bergegas ke biliknya dan mendapati dia sebenarnya hanya tinggal seorang diri tanpa teman kerana katil dan almari ‘rakan’nya itu kosong!

Pelajar itu tidak berpuas hati dan mahu mencari jawapan sebenar. Dia kemudiannya berjumpa dengan seorang staff di pejabat kolej dan bertanya tentang ‘rakan’nya itu. Namun, staff tersebut memberitahu bahawa tiada nama yang disebutkannya tinggal di dalam bilik tersebut, malah ia memang tidak pernah wujud.

Tanpa disedari, sudah satu semester dia tinggal dengan makhluk halus atau jin yang menyamar sebagai teman sebiliknya.

Selepas daripada kejadian itu, tenaga pengajar di sana menasihatkan bila balik ke bilik, periksa dahulu teman sebilik mereka sama ada dia manusia atau hantu.

Seram weh. Yang disangkakan kawan rupanya makhluk jadian. Entah-entah, selama ni makan maggi semangkuk dengan hantu.

Eeee.. seram!

 

Sumber: Remaja

Jom Komen