Diana Danielle Nafi Farid Kamil Tertekan Sebab Tak Dapat Jumpa Anak

Pelakon, Datin Diana Danielle, yang juga merupakan isteri kepada Datuk Farid Kamil, menafikan kenyataan adik iparnya, Fadzil Zahari yang mendakwa suaminya sudah lama tidak berjumpa dua anak mereka, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Menerusi kenyataan yang dibuat oleh Fadzil sebelum ini, abangnya itu mungkin berada dalam tekanan disebabkan tindakan Diana itu.

“Farid dikatakan tertekan sebab tak dapat jumpa anak, tidak benar.

“Kenyataan Fadzil itu tidak betul sama sekali. Suami masih berjumpa anak,” katanya.

Bagaimanapun, Diana engga mengulas lanjut apabila ditanya mengenai penjagaan anak mereka.

“Soalan itu tidak ada kena mengena dengan kes Farid. Saya tak nak komen apa-apa.

“Terima kasih kerana memberi saya dan keluarga ruang privasi. Sebarang komen tidak dapat menyelesaikan apa yang sudah terjadi,” katanya.

Diana juga tidak akan membuat sebarang sidang media atau kenyataan rasmi sejurus suaminya dibebaskan dari tahanan reman Isnin ini.

 

Sumber: Harian Metro