Dah Basuh Baju Tapi Masih Bau Hapak ? Ini 4 Cara Yang Betul

Dah basuh baju tapi baju masih lagi berbau hapak ? Apa yang silap agaknya masa basuh baju tu. Nak basuh baju bukan setakat campak dan masukkan semua pakaian korang dalam mesin basuh macam tu je. Sebab tu bau akan berbau walaupun dah dibasuh.

1. Basuh ikut label

Bila kita beli baju akan ada label yang mengajar cara sesuai untuk cuci baju tersebut. Kalau baju tu kena dry clean tapi korang jenis malas baik tak payah beli okay ?

2. Pakaian dalam

Pakaian dalam seeloknya tak dibasuh dan dicampur sekali dengan pakaian lain. Lebih elok jika dicuci menggunakan tangan.

3. Seluar jeans

Seluar jeans tak perlu dibasuh selalu. Tapi salah satu cara paling berkesan nak cuci seluar jeans menurut Levi’s adalah dengan meletakkannya di dalam peti sejuk untuk membunuh kuman dan hilangkan bau. Kalau nak basuh guna mesin sebaiknya terbalikkan seluar jeans tersebut ya.

4. Pakaian warna terang

Janganlah campurkan pakaian warna terang dengan pakaian putih. Asingkan. Bayangkan kalau warna daripada pakaian terang tu turun. Sayangnya !

Sumber: Eh!