Cegah Sakit Jantung Dengan Madu Dan Bawang Putih

Memetik laporan Sinar Harian, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 2005 lagi. Penyakit yang dikenali sebagai pembunuh senyap ini berpunca dari tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Penyakit ini sememangnya ditakuti orang ramai kerana ia datang secara mengejut.

Oleh kerana itu, sejak dulu lagi pelbagai petua telah dikongsikan untuk mencegah atau mengurangkan risiko sakit jantung. Antaranya ialah menggunakan campuran madu dan bawang putih seperti yang dikongsikan oleh Encik Abdullah Badar Bajrai ini.

Kredit Foto: siraplimau.com

HARI ni saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Bawang Putih yang bergolek kat dapur korang tu. Alhamdulilah, lepas amalkan resepi ni, nafas saya lapang dan takda nyut-nyut kat dada, tenaga pun bertambah tak ada la letih sangat.

Memang betullah cakap Ustaz yang rekomend ni, mula-mula macam pelik tapi dah cuba, ustaz ni cuma mintak tolong viralkan kalau berkesan biar dapat tolong ramai orang.

 

Bahan-Bahan

  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu besar Madu Royal Yemen

Kredit Foto: FB Abdullah Badar Bajrai

 

Cara Penyediaan

  • 3 ulas bawang putih tu dicincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu Royal Yemen.
Kredit Foto: FB Abdullah Badar Bajrai

 

Cara Guna

  • Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi.

Nota Tambahan

  • Seeloknya ambil semasa perut kosong, Insha Allah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh korang.

Khasiat lain

  • Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.
  • Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
  • Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal.
  • Merawat masalah cirit birit.
  • Buang toksik dalam badan.
  • Menambahkan daya ketahanan badan.
  • Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis.
  • Mencegah penyakit kanser.
  • Mengurangkan sakit arthritis.
  • Boleh menurunkan berat badan.

 

Lagi satu ustaz ni cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pon bagus amalkan petua ni. Lepas kemam terus telan tau.

 

Sumber: FB Abdullah Badar Bajrai

Jom Komen