Cara Urus Peti Ais, Barulah Nampak Kemas Dan Barang Pun Tak Cepat Rosak

Pengurusan dan penyusunan barang adalah amat penting bagi memastikan keadaan peti ais sentiasa kelihatan kemas dan teratur. Bila barang disusun dengan teratur, mudahlah kerja mak-mak untuk mengemas atau mencari bahan-bahan memasak. Bukan itu je, barang-barang pun tidak cepat rosak dan tahan lama.

Macam mana nak bagi peti ais kelihatan kemas dan teratur? Jom kita tengok cara Hani Mynis lakukan.

.

SEMINGGU sekali hani akan luangkan sikit masa untuk kemas peti ais. Selalunya hari Khamislah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dalam peti ais untuk plan minggu depan punya menu pulak.

Tips nak peti ais nampak kemas dan bersih:

  • Boleh pasang lapik kat setiap shelf. Sekarang dah trend orang pasang glass wallpaper kan? Cantik-cantik semua.

Hani dari 3-4 tahun dulu memang setia pakai placemats dari mr. diy je. Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats untuk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray). Lagi pulak hani suka tukar-tukar style kejap corak bunga-bunga kejap corak lain.

Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dari tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sangat peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun kat shelf bawah-bawah dan area belakang-belakang.

  • Pilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais.
  • Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas dari segi visual.
  • Buat pengkhususan setiap shelf untuk letak apa. Optional: labelkan guna masking tape pun ok.

Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.

  • Hani lebih suka bekas bertapak empat segi dari bulat sebab nampak lebih kemas.
  • Hani pilih seragamkan bekas semua berwarna hijau.
  • Guna placemats transparent supaya cahaya boleh sampi ke bawah.

 

Shelf pertama (paste)

  • Untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bawang putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.

 

Shelf kedua (today):

  • Ni bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi-pagi atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bahagian freezer ke bahagian chiller dan hani letak kat sini.

 

Shelf kedua (leftover):

  • Ni bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan. Sebab nak panaskan nanti senang.
  • Seeloknya kalau simpan lauk tu kat bahagian chiller, kena makan lauk tu dalam masa tiga hari. Kalau agak-agak nak simpn lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bahagian freezer.
  • Kalau hani teringat, akan tulis tarikh lauk guna pelekat je, kalau tak hani just check semula dengan jadual menu mingguan hani bila hani masak lauk tu.

 

Shelf ketiga (dry foods):

  • Ni bahagian untuk letak makanan kering. Macam hani simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang-barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah.

 

Shelf keempat (vegetables):

  • Untuk letak sayur yang gunakan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum dll)

 

Vegetables drawer:

  • Tempat letak sayur-sayur yang dimasukkan dalam ziplock bag. Pastikan sayur dalam ziplock bag tak dihimpap dengan sayur lebih berat atau besar.

 

Bahagian pintu peti ais:

 

Shelf pertama:

  • Kawasan paling tak sejuk dalam peti ais. Selalu hani kosongkan takpun hani letak masker homemade.

 

Shelf kedua:

  • Letak pes-pes lauk (pes tomyam, pes asam rebus) dan cili jeruk.

 

Shelf ketiga:

  • Air minuman

 

Shelf keempat (condiments):

  • Untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis.

 

Pengurusan peti ais yang betul untuk bahan-bahan:

SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)

  • Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
  • Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.

 

SUSU

  • Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais di bahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca).
  • Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason. Tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang.
  • Susu segar/susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.

 

TELUR

Cara menyimpan telur dengan betul. Ada dua cara:

1. Simpan di luar peti ais

  • Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab. Satu, ada tarikh best before dicetak pada bekas telur. Kedua. telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum di mana telur kuning dia berada di tengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date)
  • Jangan dibasuh, disebabkan di kulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.
  • Simpan di tempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk

 

2. Simpan dalam peti ais (chiller)

  • Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.
  • Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais.
  • Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.

 

UBAT-UBATAN

  • Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais, kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan dekat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.
  • Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
  • So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So pentingnya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.
  • Kalau ubat antibiotik selalu hospital atau klinik bagi yang dalam bentuk serbuk, kita balik rumah kena bancuh sendiri kan? Ya, yang ubat tu sahaja boleh simpan dalam peti ais (seeloknya kat bahagian dalam peti bukan kat pintu).
  • Kemudian, ubat antibiotik tu kena makan dan habiskan dalam tempoh tertentu, contohnya 5 hari, selepas 5 hari kalau ubat tu tak habis, kena buang ya, tak perlu simpan sampi anak tak sihat next time pulak.

 

Semoga perkongsian bermanfaat.

 

Sumber: Hani Mynis

Jom Komen