Cara Simpan Cili Api, Tahan Sampai Setahun

Advertisement
Advertisement

Kalau minat makan pedas, biasanya stok cili dalam peti ais memang ada banyak. Jadi kami nak kongsi petua daripada Norizbaked Shah Alam ni. Cara untuk simpan cili api, tahan sampai setahun.

Jom tengok cara-caranya.

 

PETUA biasa-biasa je. Ni petua mak saya. Semalam saya tengok dalam peti beku dia banyak cili api yang di frozen kan. Cili api ni sebulan dah mak saya simpan. Setahun pun tahan buat macam ni.

 

CARA-CARA

  1. Buang tangkai
  2. Basuh
  3. Toskan
  4. Simpan bekas bertutup
  5. Letak tempat beku

 

Bila nak guna ambil untuk keperluan masa tu saja. Baki tu terus frozen kan.

Biarkan kejap kat luar seminit dua. Tak perlu basuh dah.

Sangat praktikal bagi yang suka simpan cili banyak.

Tak paksa ye. Tak perlu ikut kalau rasa tak suka.

 

Sumber: Norizbaked Shah Alam

Advertisement
Jom Komen