Cara Mudah Tebuk Lubang Langsir, Tak Perlu Hantar Kedai Lagi

Zaman sekarang semua benda nak moden. Sampaikan langsir pun nak moden. Pakai yang jenis ada lubang je, tak pakai cangkuk dah.

Tapi yang jadi masalahnya kalau nak beli langsir baru mahal. Yang lama pula, tak kan nak buang. Kan?

Jadi, cara terbaik tebuk je lubang dekat langsir lama tu. Kalau malas hantar kedai, suruh kedai tebukkan.

Tapi sebenarnya, bukan susah pun nak tebuk lubang dekat langsir tu. Buat sendiri pun boleh. Tukang jahit ni ada sediakan tutorial untuk korang ikut. Cuba la.

Kredit foto: FB Langsir Moden Murah

 

Tulis Dura,

Cara-cara tebuk langsir eyelet. Nah belanja hampa cara-cara nak tebuk bulat langsir ni. Langsir lama yang ketinggalan zaman pun hampa tebuk ja dah jadi baru. Tak payah pi upah tebuk kat kedai. Tebuk sendri ja.

 

Bahan-Bahan:

Kredit foto: FB Dura Good Tailor
  1. Ring langsir
  2. Langsir
  3. Marker pen
  4. Gunting
  5. Pensil
  6. Pembaris

 

Cara Penyediaan:

1. Letak ring dan ukur bagi sama rata. Untuk bidang 60 boleh letak 8 keping ring sahaja.

Kredit foto: FB Dura Good Tailor

2. Bulatkan dengan marker pen.

Kredit foto: FB Dura Good Tailor

3. Tandakan garis putus-putus 1/4 inci daripada bulatan yang kita tandakan sebelum ni.

Kredit foto: FB Dura Good Tailor

4. Gunting bahagian yang ditandakan dengan garis putus-putus tadi.

Kredit foto: FB Dura Good Tailor

5. Gunakan pisau tumpul untuk belah ring.

Kredit foto: FB Dura Good Tailor

6. Bahagian tajam letakkan di bahagian atas dan sebelah lagi di bahagian bawah langsir.

Kredit foto: FB Dura Good Tailor

7. Tekan dan tutup rapat sekeliling ring.

Kredit foto: FB Dura Good Tailor

8. Siap.

Kredit foto: FB Dura Good Tailor

 

Pen Hitam

Senang rupanya nak tebuk lubang langsir ni. Korang pun boleh buat sendiri. Langsir lama-lama yang ada dekat rumah tu pun tak perlu buang atau hantar kedai. Tebuk sendiri je. – PHDC

Jom Komen