Cara Lengkap Untuk Cuci Mesin Basuh, Baru La Baju Tak Ada Kesan ‘Tisu Dicarik-Carik’

Pernah tak bila basuh baju guna mesin basuh, tapi baju tak berapa nak bersih. Kadang-kadang, sabun tak larut dan dekat baju ada melekat macam tisu yang dicarik-carik.

Okay, untuk pengetahuan, kalau jadi macam tu, maka dah tiba masanya untuk cuci mesin basuh tu. Ya, jangan tak percaya, mesih basuh juga perlu dibasuh. Kalau tidak, macam mana nak bersih baju yang dibasuh tu kan?

Tak susah pun cara nak basuh. Tiru je step yang Ana Mariana ni tunjukkan.

 

SEMALAM ada tengok orang post dalam FB cara nak bersihkan mesin basuh. Nak suruh En Suami buat, dia tak ada di rumah jadi kita buat sendiri la. Senang je rupanya.

Lama dah guna mesin basuh ni, patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak cuci je. Sabun pulak duk melekat dekat baju lagi. Tengok betapa kotornya dalam dia. Lepas buka mesin, cuci semua kotor-kotor dalam dia, macam mesin baru rasa.

 

CARA-CARA

1. Ni sebelum buka.

 

2. Buka skru 4 butir je. Angkat tudung atas pun boleh nampak kotoran bahagian atas dia.

 

3. Buka klip tepi.

 

4. Cabut yang tengah-tengah ni. Dia klip macam tu je.

 

5. Buka skru dalam ni.

 

6. Cabut plastik yang warna biru ni.

 

7. Cabut 4 butir skru ni pula. Nak cabut skru ni kena pakai kasih sayang sikit takut patah. Biasanya skru ni karat dah sebab kena air selalu.

 

8. Baru boleh bawak keluar benda alah ni. Tengoklah betapa kotornya dalam dia. Bertahun daki-daki ni duk dalam ni. Nak bersih macam mana baju yang kita basuh.

 

9. Ni bahagian bawah.

 

10. Sental dengan berus pakai air sabun baru mudah tanggal kotoran.

 

11. Ni yang dah siap bersih dah.

 

12. Baru kilat.

 

13. Dah bersih pasang semulalah.

 

14. Siap. Orang perempuan pun boleh buat kan.

 

Sumber: Ana Mariana

Jom Komen