Cara Lelaki Ini Balas Pengorbanan Isteri Buatkan Netizen Kagum

Bukan senang nak cari isteri yang sanggup hidup susah bersama. Rata-rata akan mencari pasangan yang berkerjaya serta mampu untuk memberikan keselesaan kepada diri mereka selepas berkahwin.

Namun, jika ditakdirkan anda berjodoh dengan wanita yang sanggup hidup susah bersama, maka, hargailah dia dengan sebaik mungkin. Jangan pula bila Allah mula limpahkan rezeki, anda mula lupakan pengorbanan yang si dia lakukan.

Jadikan kisah Tuan Muhd Farid di bawah sebagai teladan. Bila dah senang, beliau tidak lupakan isteri yang selalu ada ketika susah dahulu. Malah beliau hargai dan raikan dengan menghadiahkan sebuah rumah untuk isteri.

Jom baca perkongsian beliau.

 

Cerita Empat Tahun Dahulu

Empat tahun yang lalu, aku melamar kawan baik aku di zaman Universiti untuk dijadikan isteri, aku gentle jumpa dengan ayah dia dan menyatakan hasrat di hati untuk menikahi anaknya sebelum menghantar rombongan keluarga.

Time ni isteri aku bekerja sebagai Engineer Intel di Penang, aku pula bekerja pencacai di Singapore. Memang hubungan ketika ini secara jarak jauh sebelum dan selepas berkahwin.

Time ni memang aku tak ada budget nak kahwin secara besar-besaran, buat majlis pun 1 belah pihak sahaja iaitu belah pihak perempuan. Janji kahwin.

Part hantaran pula, orang sibuk viral kalau kelulusan Degree minima RM15,000. Aku rileks je nego mintak RM8,000 je, mujur isteri aku tak kisah dan terima kewangan aku ketika itu.

Mas kahwin aku bagi 6 Dinar emas yang aku kumpul sejak mula bekerja. Dalam masa yang sama, timbul 1 idea untuk beri hantaran sebuah rumah kepada isteri aku ini.

Aku mintak dokumen dari isteri aku, dan aku carikan sebiji rumah untuk beliau sebagai backup untuk diri dia sendiri. Kos deposit, kos lawyer, kos baik pulih rumah dan kemasukan penyewa semuanya diuruskan oleh aku.

Nak belikan kereta memang bukan keperluan memandangkan dia ada kereta kebal arwah atuk dia. Time ni memang struggle habis, ikat perut. Buat OT dan side income untuk kumpul deposit rumah dan duit kahwin sebab tak mengharapkan Personal Loan.

Alhamdulillah, kami dikurniakan cahaya mata setahun kemudian. Time tu aku mintak dia berhenti kerja dan aku menyara keluarga seorang diri. Duduk di rumah kecil jenis 2 bilik 1 bilik air.

Gaji tak besar tapi cukup untuk kami sekeluarga hidup. Kami hidup macam rakyat marhaen biasa. Ini kisah 4 tahun lepas.

 

Cerita Sekarang

Alhamdulillah, tahun ni, aku dikurniakan lagi cahaya mata yang baru, dua-dua lelaki, oklah boleh meneruskan perjuangan aku nanti.

Rumah yang aku berikan pada isteri aku, aku mintak dia jual. Sebab dah masak ranum.

Untung RM 130,000 dalam tempoh 4 tahun. Di mana kalau nak simpan sendiri secara manual perlu menyimpan sekitar RM2708 setiap bulan. Boleh ke korang konsisten menyimpan macam ni?

Kalau aku belikan dia kereta time tu, agak-agak mesti dah separuh harga kereta isteri aku ni.

Terpulang kepada dia nak buat apa duit itu, beli handbag LV, beli mini cooper cash, simpan sahaja dalam ASB, beli rumah lagi dan lagi, melancong ke oversea, beli emas sampai lengan, atau apa sahaja.

Sebab setiap tahun pun aku masih hadiahkan dia sebuah rumah sempena anniversery dan besday dia. 2 rumah untuk dia setiap tahun aku reservekan sebagai pengganti aku memusnahkan impian dia yang ingin bekerjaya selepas tamat belajar. Dalam masa yang sama, sebagai pasif income dia setiap bulan.

Tak perlu ikut cara aku 100% tapi ambil ilmu yang cuba aku sampaikan dan praktiskan dalam kehidupan rumah tangga korang.

Foto Kredit: FB Muhd Farid

Gambar (atas) kenangan ketika kami masih bertiga sebelum muncul pihak keempat. Kami pernah hujan basah bersama ketika menunggang motorsikal suatu ketika dahulu dan isteri aku sanggup korbankan hanya aku sahaja yang memakai baju hujan ketika itu memandangkan hanya ada 1 baju hujan sahaja.

 

Sumber: Muhd Farid