Cara Dapat Benih Strawberry & Tanam Tanpa Tak Perlu Lagi Ke Cameron Highland

Di Malaysia, jika sebut saja srawberry, semua orang akan terbayang buah strawberry fresh di Cameron Highlands kan? Yelah, kat sana je sejuk. Nak tanam kat tempat kita, belum tentu hidup dengan cuaca yang panas ni. Tapi tahu ke anda, sebenarnya ada cara nak tanam pokok ni dan tak perlu lagi ke Cameron Highlands semata-mata nak makan strawberry fresh! Ikut je cara di bawah ni:

Cara-caranya:

1. Hiris buang strawberry dan letakkan atas tisu seperti dalam gambar di atas

2. Jemur strawberry tersebut untuk beberapa hari. Tak perlu di luar rumah, cukup sahaja di dalam rumah. Seeloknya guna strawberry tempatan.

3. Biarkan sampai bijinya timbul dan tertanggal dengan sendirinya.

4. Kemudian tabur sahaja atas tanah seperti gambar di atas dan pokoknya akan naik selepas 3 minggu.

5. Tadaaaaa hasilnya! Wow!

Lepas ni, boleh la tanam banyak-banyak. Mana tahu, boleh jual pula. Hehe. Selamat mencuba.

Sumber: Era FM & Asri Meris

*Asri Meris merupakan seorang yang mahir dalam deco hiasan rumah. Jika anda berminat unuk melihat hasil tangan dan ideanya, boleh follow FB beliau di sini.

Jom Komen