Cara Daftar Nikah Di Pejabat Agama, Siapa Yang Nak Kahwin Wajib Baca

Bagi pasangan yang nak berkahwin, pasti akan wujud rasa serabut dan ‘blur’. Sebab utamanya ialah tak tahu nak mula dari mana. Ye la, bila dengar pengalaman orang lain rasa macam susah je nak kahwin, nak kena naik turun pejabat agama, ambil ujian HIV dan sebagainya.

Tapi, sebenarnya tak susah mana pun. Lebih-lebih lagi kebanyakan urusan boleh diselesaikan secara online. Bagi korang yang nak berkahwin boleh la ikut panduan yang disedikan oleh Cik Nur Madihah di bawah ni.

 

ASSALAMUALAIKUM semua, hari ni mood rajin sikit nak share pasal panduan kepada para bakal pengantin dalam menghantar borang kahwin.

Disebabkan saya pernah berpraktikal di Pejabat Agama dan tiap hari dok handle borang kahwin pastu akhir-akhir ni ramai sangat kawan-kawan dok tanya prosedur kahwin, elok lah kiranya saya tulis terus kat FB kot? Senang sikit satu dunia semua tau.

Sebenarnya senang ja, tak susah mana pun.

 

1. Layari www.sppim.gov.my

Kredit Foto: sppim.gov.my/sppim/home
  • Klik pada Benar Nikah Online (Kebenaran Nikah) dan isi maklumat diri sendiri dan pasangan.
  • Dah siap isi, simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari website tu. Nombor tu penting sebab nak guna setiap kali log in.
  • Borang boleh dikemaskini selagi belum diproses oleh pejabat agama.
  • Untuk makluman, permohonan kebenaran nikah secara online setakat 2017 ini meliputi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan sahaja.
  • Bagi negeri-negeri yang tak disebutkan tu, bolehlah terus memohon secara manual di Pejabat Agama Islam daerah masing-masing.

 

2. Check Pasangan Lelaki Tinggal Di Daerah Mana

  • Kalau daerah/negeri sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki dan perempuan kena hantar borang nikah online tadi tu ke pejabat agama dalam tempoh 30hari/sebulan sebelum tarikh akad nikah.
  • Tapi kalau daerah/negeri lelaki berbeza dengan perempuan, bakal pengantin lelaki kena hantar borang tu ke pejabat agama dalam tempoh 90 hari/3 bulan sebelum tarikh akad nikah.

 

3. Hantar Borang

  • Sebelum hantar borang, pastikan borang dah ditandatangan oleh imam masjid kariah dan ada cop.
  • Kemudian bawa bersama beberapa dokumen lain ke pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi. Boleh rujuk gambar di bawah:

 

Dokumen yang perlu dibawa oleh bakal pengantin lelaki. Selalunya yang wajib no.1,2,3,5 dan 6.

Kredit Foto: FB Nur Madihah

 

Dokumen yang perlu dibawa oleh bakal pengantin perempuan. Selalunya yang wajib no.1,2,3,5,6, dan 7 .

Kredit Foto: FB Nur Madihah
  • Kalau di negeri Kedah ni, pasangan kena baca ikrar. Negeri lain taktau la camna.
  • Dah settle, kena bayar RM15/seorang untuk mohon borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau sama daerah kena bayar RM30.
  • Borang kebenaran berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing-masing.

 

4. Bagi Borang Kebenaran Kepada Pihak Perempuan

  • Selepas seminggu, boleh mintak tolong mak/ayah pihak lelaki ambilkan borang tersebut dan bagi kepada pihak perempuan. Ini kalau daerah/negeri lelaki yang berbeza dengan pihak perempuan.
  • Tapi kalau daerah/negeri yang sama dengan pihak perempuan, terus bagi kepada imam masjid kariah untuk akad nikah.

 

5. Bagi Pihak Perempuan Yang Berbeza Daerah

  • Bagi pasangan yang berbeza daerah/negeri, pihak perempuan perlu bawa borang lelaki yang dah disahkan oleh pejabat agama tadi ke pejabat agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.
  • Lepas seminggu, pejabat agama bagi borang kebenaran nikah kat pihak perempuan.
  • Pastu bawa pula borang tu kepada imam masjid kariah untuk akad nikah.

 

6. Akad Nikah

  • Masa akad nikah, tok kadi/tok imam akan bagi surat nikah sementara.
  • Pasangan wajib check maklumat seperti nama, IC dalam surat tu betul atau tidak. Ini penting sebab maklumat tu akan digunakan untuk buat sijil nikah pulak.
  • Then bawa surat nikah sementara tu ke pejabat agama daerah perempuan untuk buat sijil nikah.
  • Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah.

 

7. Proses Untuk Mohon Sijil Nikah

  • Bawak surat nikah sementara. Asal dan salinan.
  • IC sendiri, IC pasangan & IC wali
  • Bayar RM20 untuk sijil nikah.
  • Tunggu sebulan, then boleh ambil sijil. Bergantung kepada negeri masing-masing ada yang tak sampai sebulan pun sijil dah siap.
  • Pastu fotostat sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet.
  • Yang sijil nikah asal tu just simpan ja dalam file.
  • Penting! Sebab takut satgi kena serbu dengan pegawai agama. Kot-kot la depa ingat kita tak kahwin lagi. So bila kena serbu, tunjuk ja bukti sijil nikah tu.

 

8. Proses untuk mohon kad kahwin.

  • Dah dapat sijil tu, better buat kad kahwin pulak.
  • Perlu bayar RM40 untuk sepasang pasangan.
  • Nanti pejabat agama akan bagi checklist dokumen apa yang perlu dibawa untuk mohon kad kahwin.

Nota Tambahan

Mudah je kan? Apapun sistem ini dari segi jumlah bayaran dan lain-lain ialah berdasarkan waktu saya praktikal pada tahun lalu iaitu tahun 2016.

Tahun ni mungkin sistem dah update, jadi mungkin ada sedikit perubahan. Korang juga boleh refer dan call pejabat agama dulu ya untuk dapatkan lebih kepastian. Sebab sistem di setiap pejabat agama ni berbeza mengikut negeri.

 

Sumber: Nur Madihah Binti Mahadzir

Jom Komen