Cara Buat Akok Kedut Guna Pembakar Roti, Mudah Tapi Sedap!

 

Kuih akok adalah kuih tradisi yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Memang sedap kuih ni, rasa manis-manis bertelur. Kuih ini senang nak jumpa dekat bazar Ramadhan masa bulan puasa.

Bagi anda yang teringin nak makan, bolehlah cuba buat sendiri. Guna pembakar roti pun boleh macam yang Puan Halimatun As Saadiah Ismail ni kongsikan.

 

 

PROJEK breakfast hari ni. Akok kedut guna pembakar roti. Resepi dari group ini juga. Alhamdulillah, suami suka. Sedap dimakan panas-panas dan tak bau hanyir telur walaupun dah sejuk.

Resepi saya dah adjust sikit.

 

Cara-Cara

1. Masak air gula dan sejukkan. Bahan-bahannya 1 cawan air, gula pasir, gula merah dan daun pandan. Sukatan ikut kemanisan masing-masing.

 

2. Blend semua bahan di bawah dalam 2 minit.

  • 5 biji telor
  • Sedikit perisa pandan. Perisa pandan ni ada color. So nampak kuih akok tu seakan-akan hijau. Tak perlu blend daun pandan dah.
  • Secubit garam
  • Santan 1/2 kotak (size kecil)
  • Tepung gandum 3 sudu makan

3. Masukkan 2 sudu minyak masak untuk effect golden brown.

4. Masukkan air gula yang dah sejuk tadi, blend sekejap.

 

5. Lepas tuang sila tutup ye. Bakar selama lebih kurang 5 min. Kalau masih blom nampak golden brown tutup semula penutup kemudian bakar lagi. Bakar sampai golden brown.

 

Selamat mencuba.

 

Sumber: Halimatun As Saadiah Ismail

Jom Komen